25 Mac 2016
3.00 pagi
Emmir masih tak tidur. Jenuh dah tidurkan. Berapa kali round dah zikir. Siap menangis bagai. Aku geram, husband pun bengang. Tapi dalam geram aku aku selamat dah tido dulu. Huhu. Tapi tak la lena sangat. Dalam kegelapan itu aku terasa macam apekebendanya basah ni. So bukak lampu. Alang Alang emmir pun bertarung lagi nak tidur. Tengok tengok kain batik basah sampai ke tilam. Leaking ke? Rasanya ye.
330 pagi
Bergegas ke hospital Taiping. Mujur barang semua dah siap. Angkat Emmir terus jalan. Tak sempat pun nak kejutkan orang lain. Terus gerak ke hospital. Masuk je carseat emmir terus tido. Sabo je la. Rasanya emmir memang nak tolong aku kot. Kalo tak aku mungkin tak sedar aku dah leaking. Terima kasih emmir.
Hospital Taiping. Ye betul.
Bukan pilih tapi terberanak tanpa sengaja. Ikutkan due 29 Mac. Cheywah ingatkan jumaat boleh balik ke sekolah la nak habiskan kerja. Kiki. Sebab ambil cuti rabu Dan khamis Crk sebab adik husband accident Dan patah tangan. Teruk. Melawat la dia. Kiranya jumaat Subuh tu dalam pukul7 nak la bertolak ke selayang. Sekali tak sempat ke selayang lencong ke hospital Taiping. So keje bye bye la. Kita kan merancang baek punya, sempat habiskan satu bab la, nak susun meja la, isnin datang siap nak bagi amanat la pada budak, sebab selasa nak cuti. Hihi. Allah sebaik baik perancang.
4.00 pagi
Sampai hospital Taiping. Pergh setengah jam u olls husband I drive dari bagan serai ke taiping. Lampu merah dia langgar. Hahahaha. Sedangkan sebelum ni pemandu berhemah sangat. Aku banyak kali ingatkan suruh relax sebab aku tak sakit apa pun lagi. Tapi macam biasa la kan, husband mana tak cuak bini dah turun tanda. Buatnya tak menyempat pitam la dia Kalo dalam kereta. Syukur jalan clear. Of course la taiping pukul4 pagi. Bukan KL. Hihi.
Terus pergi kat bahagian bersalin. Daftar Daftar jumpa doctor. OK. Di interview pulak ngan doctor itu ini then doctor cek. Doctor India. Guna mulut itik tu. Dia kata tak ada pun leaking. Aku macam ha? Biar betik. Habis kat tilam tadi takkan aku ngompol? Aku memang pasti beribu pasti bukan air kencing. Aku memang sedar Dan larat lagi ke tandas walaupun perut besar Gila Gila.
Nak dijadikan cerita datangla seorang doctor lagi pakai spek Dan look older. Tiba tiba doctor yang cek aku tu kena herdik di hadapan aku. Cakap kenapa awak tak bagitau Saya dulu ada patient leaking?? Habis tu Saya ni siapa? Pandai pandai!!! Saya takkan sign notebook awak, lantakla awak.
Terkejut la aku di situ. Doctor tu paling kat aku, aku dah tentula cuak. Dia senyum. Fuhhhh lega. Dia tanya lagi soalan sama ngan nurse masa Daftar, doctor India tu tadi. Then, lagi sekali keluarkan mulut itik tu cek aku. 2 kali sakit oi.
Dia cakap, ada leaking sikitla puan. Jalan pun dah buka 2 cm. Erk. 2 cm??? Apsal sikit pun tak sakit? Alhamdulillah la 2 cm tak sakit. Hihi. Then doctor tu scan. Dia kata semua normal cuma air ketuban aku terlalu banyak. Tapi tak pe. OK je. So dah la leaking, 2cm lak tu. Kompem la warded. Rupanya dox India tu doc housman. Hmmmm. Dia ambil darah aku mak oi. Sakit gila. Baik nurse yg ambik. Sampai darah aku terkeluar keluar banyak. Ambil darah pun tak reti. Mana la tak kena marah.
Masa tu berbelah bagi juga. Nak lari ke selayang atau just stay Dan warded Dan bersalin di sini. Hati masa tu kata stay je la. Dah masuk pun. Dah check pon.
Emmir masih bahagia tidur. Lena.
430 pagi
Ditolak guna wheelchair ke wad. Erm, ingatkan dapatla first class ke second class sekali wad wad itu berlalu je dari pandangan. Sedangkan wheelchair terus berjalan. Sampai hujung. OK, macam dorm. Confirm la wad 3rd class. Katil 15. Panas.
Husband aku dah suruh balik dah sebab confirm warded kan. Baik dia balik dulu. Rehat. Yang penting emmir.
Kena cek jantung baby. Masa tu ya Allah mixed feeling tak tau la. Tetiba rasa teringat sangat kat emmir. Dia tengah buat apa. Walaupun tau dia tengah tidur. Haha. Teringat dia selalu datng cium perut, cium aku. Lepas ni camne la kalau ada adik. Rapat lagi ke aku ngan dia. Bolehke aku bagi perhatian kat dia jugak. Pilih kasih ke aku nanti? Teringat sangat sangat kat emmir. Sampai doctor cek jantung baby tu tanya aku ada masalah ke. Kenapa Mata merah. Aku jawab ngantuk. Dari pukul3 tak tidur sanpai sekarang. Hmmm
900 pagi
Doctor lelaki India. Bukan yang Subuh tu. Yang Subuh tu perempuan India. Kali ni doctor lelaki India. Baik. Dia cakap hmmmm menakutkan. Kalau aku tak beranak 48 jam dari sekarang aku Akan di induced. Tak beranak jugak induced lagi. Tak beranak jugak csect.
Agagagagaggaga. Nape macam saspen. Sebab aku dah leaking. Takut infection. Tak pe la, mana mana la asalkan selamat aku n baby. Cuma aku betul betul berharap Allah bantu Dan permudahkan segalanya.
Aku menangis. Terlalu rindu emmir. Ye, sebelum ni aku ok je pergi sekolah. Weh, sekolah, ni hospital. Balik ke aku jumpa dia? Atau tak sempat jumpa dia? Emmir Camne Kalo aku mati? Emosi bercampur baur. Antara takut dengan rindu.
Husband ada dah kat hospital tapi tak boleh masuk. Bukan waktu melawat kan. Dia pergi dulu kat adik ipar aku, jumpa mak metua aku. Mak metua aku call pagi pagi nak nasi lemak ke apa nak makan. Dia memangis. Risaukan aku, Dan adik ipar aku nak kena operate. Emmir tinggal kat rumah. Sekali adik ipar aku yg jaga emmir bagi video emmir. Happy, siap buli maksu. Elok minum susu. Aku release. Released sangat. Emmir OK. Emmir sangat ok. Cuma kadang dia g kat grill tengok luar. Cari aku ngan husband kot. Tu sedihhhhhhhhh..... Aaaaaaaaaa. Lepastu dia masuk balik naik kenderaan dia tu.
Aku terus berhenti nangis bernafas macam biasa Dan pergi mandi. Haha
12 tengah hari
Leaking dah tak de. Malam tu je. Mandi tadi keluar pulak mucus plug. Nurse kata dah turun tanda darah pulak. OK la. Air ada darah pun ada. Tapi still tak sakit lagi.
Aku baru paling muka ke kanan aku Dan senyum dengan org katil sebelah. Sebelum ni mungkin dia tak berani tegur sebab aku nangis teruk. Tapi tak la bunyi. Namanya Azwa. Baik sangat. Rajin sembang. Dia start ok la. Aku nak start a conversation denga orang baru memang lomah. Senyum je mampu. Bila dia start aku pon ok la. Dia siap panggil aku cikgu. :)
Pkl130 husband pun datang melawat...Dan balik pada waktu yang ditetaapkan. Hahhahaha
400 petang
Batt hp Kong. Haha. It's time for another antisocial activity. Tidur. Charger tak bawak. Kena la tunggu adik aku bawak power bank. Tu pun masa melawat jap lagi. Well aku dah ok. Dah tak menangis sebab dapat pic dia adik ipar aku wassap. Elok je ikut naik kereta hantar nasi kat aku n lawat adik ipar aku yg kena operate tu. Happy je.
430 petang
Waktu melawat. Adik lelaki aku datang dengan kawannya bawak power bank. Husband datang bawak charger. Memandangkan tak de individual plug untuk setiap katil so aku pilih power bank. Masa diorang datang aku rasa contraction tu kerap la jugak. Dah rasa bunga bunga kesakitan tapi masih steady. Bila habis waktu melawat diorang balik contraction pon berhenti. Aku makan banyak banyak. Mana tau Malam ni nak beranak Dan contraction Makin kuat. Masa tu nak minun air pun tak selera. So minum pun banyak banyak jugak.
900 Malam
Nurse datang cek. Katanya contraction agak kerap. So pergi cek bukaan baru 3. Cheh. Tu sebab aku still can handle. Sembahyang, baca surah maryam kat handphone. Lupa nak bawak quran. Mana la tau nak kena warded. Tak prepare la of course! Dah la bukan tujuan balik kali ni bukan untuk beranak. Segalanya Allah yang tentukan walaupun kita dah merancang.
1100 Malam
Rasa macam kuat sikit Dan lebih kerap dari tadi. Aku tidur je. Masa contraction bangun sekejap Dan layan. Pastu tidur balik. Nurse datang cek kata kuat Dan kerap. So kena pergi cek bukaan. Cek cek 4 cm. Baru 4 cm. OK tidur balik. Masih boleh tidur, masih boleh handle Bila contraction datang.
Makin lama Makin kerap terbangun tidur Dan Makin sakit. Sampai ramas tilam Dan sapu muka kuat kuat. Nurse datang tanya rasa sakit ke? Ye. Ada rasa nak berak? Belum lagi. Aku cakap saya ngantuk nak tido jap. Haha
26 Mac 2016
300 pagi
Tiba tiba!
Aku rasa ada sesuatu yg meletus dalam rahim dekat dengan vagina. Tiba tiba dah tak boleh handle sakit. Aku angkat tangan Dan lambai kat nurse. Tak boleh keluar suara. Azwa tolong jeritkan. Lalu semua Mata memandang aku. Sempat lagi aku usha sekeliling. Nurse datang, aku rasa air ketuban keluar tapi sikit. Diorang sorong aku guna katil tempat aku tido tu terus. Cek bukaan segera dilakukan. Doc yang bertugas adalah doc perempuan India Houseman yang berjalan pun macam tiada keyakinan diri tu. Dia cakap dengan nada selamber, ala baru 4 cm?
Nurse Terkejut ha? Baru 4cm? Dah berpeluh peluh patient macam ni? Sebab nurse nama syima tu dah cek aku pkl 11 tadi pun dah 4 cm. Masa tu aku maintain. Weh ni sakit gila takkanla 4 cm jugak macam tadi. Logik la. Tapi ye la, diorang nurse, walaupun berpengalaman diorang tetap nurse nak bandingkan dengan doktor tu yang haish terus rasa nak sumpah. Sabo.
Kak syima suruh aku call husband sebab kak syima sendiri buat keputusan hantar aku ke labour room. Terketar nak call. Husband tak angkat. Aku call adik ipar aku. Dapat. Boleh cakap akak nak masuk labor room dah. Tu je. Lain tak mampu nak keluar suara.
On the way ke labour room, kak syima cakap fara akak doakan fara cepat bersalin. Jangan risau, ramai je yg baru 4 cm terus bersalin! Sambil jeling kat doc Houseman tu. Hahahhaha. Sarcastic nau akak ye. I loike!
Sampai labour room, sister and beberapa doctor Muda tunggu. Dalam pada tak sedar Dan sakit gila sampai pegang kuat besi Dan aku angkat badan aku macam kat gym tu tercakap astaghfirullah bersepah doc Houseman, ya Allah tolonglah aku! Kali ni sakit nya memang sangat sakit berbanding Emmir dulu.
Nurse bagi laporan, kata doc kata baru 4 cm doc kata. Tapi sister tu kata takkan 4 cm dah peluh banyak camtu dalam aircond sejuk gila. Yg doc doc Houseman sibuk nak cek jantung baby. Asyik tak dapat sebab aku dah nak meneran so aku bergerak Lalu mereka memarahi aku. Kata: sabar puan, kalau puan terus macam ni susah puan nanti.
Aku tak tahan nak meneran iugak. Camne nak tahan rasa teran sangat sangat. Asek kena marah tak dapat cek jantung.
Aku terberak, air ketuban keluar tak berhenti henti. Kan dari awal doc azalea tu kata air ketuban aku memang banyak lebih dari sepatutnya. Dua docs tu still nak cek jantung baby. Aku mintak naikkan katil supaya support belakang aku, nak beranak siap macam duduk sandar kat katil tu je kan macam kat seayang, kat situ tak diendahkan tak dinaikkan pun belakang tu. so aku bersalin baring seperti bangkit tubi. ergh, horror.
330 pagi
sister tu kata, susah sangat asyik nak cek jantung. dah 9 cm ni OK dik teran je. Terkedu doc doc itu. Setengah jam je dari 4 cm ke 9 cm? Hyperactive ke dilation aku? Aku teran sekali dah keluar kepala. Teran lagi sekali keluar semua. koyak terangkat punggung sebab position katil tak membantu. yang kita tau nak keluarkan je masa tu. pelik jugak,kenapa tak lift belakang tu ye?
340pagi
aku setel teran and baby keluar. Alhamdulillah.
Apa lagi bebel la sister tu pada doc doc tu. Dia nurse, mana boleh nak cakap banyak sangat kan. Nak tak nak kena bagi diorang berlatih handle keadaan tapi kalau bangang tak bertempat Dan merisikokan nyawa aku (why me? Why me?) memang la kena bebel. Masalahnya siapa yg perlu kita blame at the first place? Yes, yang cek bukaan aku sebelum Ditolak masuk ke labour room. Yes yang itu.
Bila baby dah keluar, macam dekat citer born every minute tu la... Bising, cakap tu cakap ni. Aku dengar anak aku dah berak. Light meconium. Nasib light meconium. Oi, baby dah berak!!!!!!!!!!! Nak cek jantung lama lama lagi? Nak sampai dia makan taikke? Kalau tak de pengalaman janganla memandai. Geram ok! Nasibla aku masa tu tak bermaya, koyak rabak. Kalau tak aku sekolahkan diorang pulak. Dah la aku nak teran sakit gila masa tu dimarahi tak bagi teran.
aku tak berdaya. dengar je la apa yang dicakapkan. setel keluarkan uri. baby tak terus dibagi pada aku sebab dia kan dah berak so terus bawak pergi mandi kot.
sister cakap uri baby ni pelik sangat. warna pelik, berpintal pun pelik. tak boleh nak diluruskan dan diuraikan tak pe la. Asalkan segala selamat.
alhamdulillah. sakit gila pukul 300 pagi setel beranak 340. Terima kasih Allah. syukur sangat sebab waktu yang sakit gila singkat. 40 minit je . rezeki aku kali ini.
415 pagi
bermula operasi jahit menjahit. mula mula sister tu nak jahit terus la kan. akan tetapi!!! dengan tak semena mena doc houseman perempuan melayu tu cakap dengan keadaan happy sangat nak jahit kak! nak jahit! adakah aku ni nampak seperti sehelai kain perca yang koyak? kalau teruk sangat pun happy nya lek lek dahla. aku ni sakit, koyang, lembik, tersadai. aku tak larat nak cakap, ikutkan aku nak je cakap sy tak nak doc houseman jahit, aku ada hak, aku tau. tapi memandangkan aku tak larat so aku kangkang je in the right position. diam.
Jahit. Yes. Rasa setiap inci jarum mengait kulit satu persatu. Katanya bius. Tapi dari jarum 1 ke jarum akhir aku rasa. Pelik. Kenapa masa emmir dulu tau tau dah siap.
Tak boleh tidur pun sebab langsung tak ngantuk. Dalam pada kena jahit tu aku terus rindukan hospital selayang sebab rasanya tak de la teruk sangat masa dalam labour room.
530 pagi
Baru segalanya siap dijahit. Aku dipakaikan pad kain selimut. Baru aku rasa sejuk tahap membeku. Kalau tak asek asek peluh kuar, asek asek merecik peluh.
Sakit weh sakit.
aku mintak milo. sebab lapar sangat. kang tak pasal gastrik. air tengah masak, kata doc houseman ittew.
baby dibawa pada aku. tapi tidur je.
pada masa itu, aku tak mampu nak tengok muka baby, sebab terlalu sakit bukan setakat akibat beranak koyak rabak tapi membawaknya sampai mental pun koyak. jadi aku belum ready nak tengok muka baby. kesian dia. aku sempat tidur dulu tunggu milo dan anak ditepi. tapi kau... tido pon tak lah lena sebab katil hospital kerajaan lama kot, mana ada divider tepi tu. tak pasal jatuh pulak baby. peluk kuat kuat. cuma belum ready nak tengok sebab sakit sangat sangat sangat sangat.
dah ready, nak susukan. tengok muka baby. ya Allah.... terus asek tengok je. haha! tapi baby tido je.
nama husband asek dipanggil. orangnya tak datang datang. tak dengar kot. masa tu. tapi husband kata dia memang ada kat luar. tak dengar nurse panggil. hospital taiping tak mesra husband ye... tak boleh masuk. dem!
700 pagi
keluar labour room nak dihantar ke ward. husband ada. azankan baby. dan tunggu lah masa melawat.
baby still tidur.
900 pagi
baby bangun dan menyusu for the first time sejak dilahirkan. sabar je lah si gegerl ni. susu sikit tido balik. penat sangat kot. dia pon struggle apa masa nak keluar. masa emmir dulu, lahir je dah melekat menyusu. kahkah.
430 petang
discaj. yay, nak jumpa emmir!!!
tapi penat, sakitnya Allah je tau.sampai tak boleh duduk betul betul.
kesimpulan:
kali ni second time give birth tapi 8 kali lagi sakit dari yang first dan 10 kali lagi stress dari yang first,
ward ke 3 lagi best kat Taiping berbanding ward 2nd class dan 1st class. macam horror.
tq pada semua nurses yang sangat baik siap berhenti makan dan terus basuh tangan nak handle aku. you guys are angels. baik, supportive dan dedikasi. tq jugak pada sister penyambut kelahiran yang marah doktor houseman yang merepek. tq tq tq. semoga Allah grant awak semua dengan rahmat, rezeki dan keberkatan dalam setiap langkah.
till next beranak. haha bye!
disclaimer: ni adalah pengalaman sendiri, cerita kehidupan sendiri tak berkenaan dengan orang lain dan pendapat kita berbeza. so yeah, this is my story after all. hehe.