Friday, July 23, 2010

Try

Minggu lepas pergi Midvalley, dengan harapan nak mencari kasut. tapi tak ada yang berkenan. kalau kasut nak jalan saje2 memangla banyak yang memanggil2 dan memecahbelahkan otak aku untuk buat keputusan. tapi kasut untuk tujuan yang satu ini macam susah sangatla pulak.

oh, lupakan pasal itu. 

1)

dah tak dapat kasut, perasaan ingin membeli barangan tetap membuak2. facial wash dah habis. jadi, nak beli la dekat THE FACE SHOP (TFS). tapi gatal singgah parkson dulu kan. lalu dekat CLINIQUE. pastu gedik nak try jugak...perangai. sedangkan TFS tu dah best sangat dah. CLINIQUE kenala beli 1 set kan. kalo tak, macam tak best pulak. aku just try yang trial set ke starter pack aku pon tak ingat ni dulu. 

RM105

so, apa perasaan? best. for the first time aku guna rasa rindu kat TFS pnye facial wash sebab facial wash CLINIQUE ni sanngatlah tak berbau. erm, honestly, bau tak best sangat tak dapat nak gambarkan. tapi bila apply kat muka ada rasa nyaman sebab ada mint sket dalam ingredients. rasa kalau pagi2 tu mmg untuk wake the skin up (dan sekali gus aku). beberapa kali pakai dah tak rindu dah kat TFS sebab dah biasa dengan baunya. toner? disebabkan aku choose set for combination skin which is number 3, so toner dia yang kaler pink tu yang alcohol pnye. kalau number 2, kata promoter tu tak de alcohol. tapi overall best la. skin feels so soft. betul. tak tipu dan senang sungguh nak apply mekap. menyesal tak pakai dari dulu macam orang lain.

2)

tadi, jalan2 lagi melepaskan stress. motif utama: membeli barang2 adik untuk dinner dia yang berkonsepkan fantasy. tujuan ke 2: cari kasut lah, apa lagi. tapi, tetap jugak nak singgah parkson saje gatal gelenyar. jalan kat kaunter biotherm, nak lengkapkan set yang tak lengkap. moisturizer dengan toner tak de lagi. so, amek je la kan. siap promoter tu bagi lagi sample toner dengan serum. for men ye. tengs2...
aku dah lama mencari eye cream yang best. aku search kat google, mana best. kebanyakannya akan keluar ROC. aku dah tengok ROC kat watsons tapi 1 pun macam tak suit my needs. CLINIQUE kebanyakan review cakap eye cream dia tak work. aku bercadang lama dah nak beli BIOXIL. tapi entah kenapa setiap kali melintas booth dia kat OU tu aku macam malas nak stop. KEIHL, lagi la aku rasa macam ragu2 nak try. entah tak tau apehal. 

aku stop kat kaunter CLARINS. tanye tentang eye cream dia, promoter explained semua aku macam attracted. terus beli tak banyak soal. CLARINS was 3rd in my list sebenarnya. 

RM149

belum pon pakai. nanti aku buat review. sebenarnya tidur yang cukup merupakan rawatan terbaik untuk mata. aku beli sekadar nak membantu mata ku sayang. haha. membantu ke? tak tau lagi. 
bulan depan buat review untuk eye cream ni.

ok, bye.




Friday, July 16, 2010

Review lagi

Dah lama nak buat. asyik lupa je.
1stly, STAGE wondergloss lipgloss.

RM56 ke RM58 (tak ingat tapi around tu la)

rasanya macam biasa je. cuma aku boleh pakai lipgloss ni sebab bila apply dia tak panas. tak semua lipgloss aku boleh pakai sebab bila apply akan rasa panas kat bibir. sama macam lipgloss lain, kena apply lagi dan lagi bila dah hilang. cuma colour dia cantik bila kat bibir. berbaloila dengan harganya kan...

2nd, PIXY two way cake.
kalau korang pernah tengok sinetron indonesia, masa dah habis cerita ada banyak2 tulisan naik turun tu, kalau perasan ada logo PIXY ni yang menaja kosmetik mereka. aku kenal dengan benda ni masa nak buat fashion show masa hari guru hari tu. aku punya bedak dah habis, ada clinique yang sample tu je. haha. aku tanye ain, ada bedak tak? dia keluarkan bedak ni. mula2 aku pelik bedak apa ni kan. pastu aku pakai, best gila sebab memang melekat dan macam licin muka. haha. tu yang penting. texture dia memang halus. best.
aku tanye la ain, mana dia dapat bedak ni. dia cakap banyak kat kedai macam jual jamu tu. erm, macam takut. tapi rasa sangat nak try.
 pic taken from here

Orang cakap, sememangnya sama sebijik sejibun dengan bedak COSWAY. tengok balik pon memang sama. mekap artis memang ramai guna. bedak PIXY ni pon, kalau guna span yang basah, memang kulit nampak licin habis macam artis. hehe.

harga murah gila. lebih murah berbanding COSWAY. RM10 je refill nye. kalau dengan bekas dia RM15 kot masa kat Mydin USJ tu. aku beli 3 time tu. dengan bekas sekali aku bagi mak. 1 aku tersalah beli kaler dia macam gelap sangat. aku beli yang cerah sket. tu dah nak tinggal sket dah tu. haha. ada SPF15 lagi.
masa jalan2 kat watson OU hari tu aku ada terperasan bedak ni. 1 compact powder rm12.90 je rasanya siap dapat refill free. jadi, aku lega betullah kan. bila masuk kat watson, means that ingredients dia selamat lah kan.
lepas ni dah beli lagi. (saje tak nak beli kat watson tu sebab nanti nak ajak Jon pegi kat Mydin USJ yang best tu) haha.

ok, itu saja.