Friday, July 16, 2010

Review lagi

Dah lama nak buat. asyik lupa je.
1stly, STAGE wondergloss lipgloss.

RM56 ke RM58 (tak ingat tapi around tu la)

rasanya macam biasa je. cuma aku boleh pakai lipgloss ni sebab bila apply dia tak panas. tak semua lipgloss aku boleh pakai sebab bila apply akan rasa panas kat bibir. sama macam lipgloss lain, kena apply lagi dan lagi bila dah hilang. cuma colour dia cantik bila kat bibir. berbaloila dengan harganya kan...

2nd, PIXY two way cake.
kalau korang pernah tengok sinetron indonesia, masa dah habis cerita ada banyak2 tulisan naik turun tu, kalau perasan ada logo PIXY ni yang menaja kosmetik mereka. aku kenal dengan benda ni masa nak buat fashion show masa hari guru hari tu. aku punya bedak dah habis, ada clinique yang sample tu je. haha. aku tanye ain, ada bedak tak? dia keluarkan bedak ni. mula2 aku pelik bedak apa ni kan. pastu aku pakai, best gila sebab memang melekat dan macam licin muka. haha. tu yang penting. texture dia memang halus. best.
aku tanye la ain, mana dia dapat bedak ni. dia cakap banyak kat kedai macam jual jamu tu. erm, macam takut. tapi rasa sangat nak try.
 pic taken from here

Orang cakap, sememangnya sama sebijik sejibun dengan bedak COSWAY. tengok balik pon memang sama. mekap artis memang ramai guna. bedak PIXY ni pon, kalau guna span yang basah, memang kulit nampak licin habis macam artis. hehe.

harga murah gila. lebih murah berbanding COSWAY. RM10 je refill nye. kalau dengan bekas dia RM15 kot masa kat Mydin USJ tu. aku beli 3 time tu. dengan bekas sekali aku bagi mak. 1 aku tersalah beli kaler dia macam gelap sangat. aku beli yang cerah sket. tu dah nak tinggal sket dah tu. haha. ada SPF15 lagi.
masa jalan2 kat watson OU hari tu aku ada terperasan bedak ni. 1 compact powder rm12.90 je rasanya siap dapat refill free. jadi, aku lega betullah kan. bila masuk kat watson, means that ingredients dia selamat lah kan.
lepas ni dah beli lagi. (saje tak nak beli kat watson tu sebab nanti nak ajak Jon pegi kat Mydin USJ yang best tu) haha.

ok, itu saja.

2 comments:

e.t.t.y said...

a'ah. pixy ni mmg best. dulu pakai mmg takde jerawat pun. sebab dulu aku kerja kt kedai jamu kan. byk pakai brg indon.

tp, bila dah terdedah dengan product lain, aku lupa semua tu. so skrg aku nk cari balik pixy ni. za pun buat muka aku nampak hitam!

Farfar said...

aku pon belambak dah try product macam2. walaupon yang branded ke tak branded, PIXY mampu melawan semua dengan kemenangan besar. dah la murah. tapi Paul N JOe setakat ni terunggul. kalau ada bajet baru beli. hihi.
aku pon penah pakai za, untuk yang kulit licin putih gebu mmg tak de masalah. tapi aku, setiap 2 jam kene touch up balik.
pixy best. hehe