Showing posts with label Make Ups Review. Show all posts
Showing posts with label Make Ups Review. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Pertunangan Angah

Pada tarikh keramat 6 November 2011 yang lepas, beliau telah selamat menjadi tunangan orang. aku telah diamanahkan untuk mekapkan angah. walaupun ilmu belum sampai suku didada, aku tetap mencuba sehabis baik dengan semangat yang berkobar2...

 Angah inthemaking



 perbandingan sebelum dan selepas

 tertutup jugak imperfections nya. Alhamdulillah...

 sebenarnya ada isu yang berlaku. masa kemas2 barang, kecoh2 letak humban sana sini nak kemas bahagian depan, beg mekap aku terbalik. cari punya cari tak jumpa eyebrow pencil aku. tu sebab kening dia terhitam sikit sebab aku just guna berus serong dengan eyeshadow coklat. :( lain kali kena standby banyak2 bekap. hehe.
tapi ok je kan?
yang lain aku dah setelkan awal2, macam hantaran dia, aku dah buatkan dari rumah kat selayang lagi. gambarnya aku lupa aku transfer dr hp ke folder mana. haih. hehe.
balik je kampung, aku terus bergegas membuat hantaran yang belum siap. macam sirih junjung, dengan Al-Quran.
lepas selesai hantaran, beralih pulak kepada mini pelamin. since tema adik aku WARNA-WARNI, kesemuanya kenalah warna warni. mula2 rasa macam tak yakin gak nak buat sebab takut sangat jadi instead of sweet jadi 'kels' lak kan. tapi kaler 'kels' stylo ape kan? mereka mengamalkan kaler block, woa!~


 hasil kreativiti yang mencurah2 masa tu.
tambah elemen alam semulajadi sikit: ikan comel dan sikit fresh flowers+bunga rampai

 pic taken by Jon: aku sangat suka pic ni. huhu

 lampu lip lap tu ayah beria pinjam kat pokteh(pakcik aku) suruh letak. rama2 tu angah nak sangat. (abaikan tisu yang menumpang tu. bunga tepi hasil gubahan aku hoho.

banyak benda yang recycle dari kenduri aku dulu. macam selimut kedut ikea tu, pasu bunga yang adik2 aku sembut cat putih, rangka stage ayah buat dengan bunga2 sikit. jimat turun temurun!~


 aksesori tudung tu pun sempat jugak aku jahit malam sebelum.

 Termasuk bunga tangan dia pun mesti nak warna warni juga. memang mengikut personaliti adik second aku ni memang dia ceria, memang suka yang colourfull. haha.

 sehari sebelum majlis, petang tu aku setel sekali buat bunga tangan ni. 
sangat warna warni! i like!~


 bersama tunangnya...



masa aku kawen dulu, aku memang tak sempat langsung nak fikir apa sangat. so, bila adik2 nak bermajlis2 ni, dan aku lak ada banyak masa lapang (akhir tahun lak tu kan) apa salahnya aku berkarya sikit. tolong dengan bersungguh2 sebab angah bagi kepercayaan kat aku dan sebenarnya aku sangat suka bila dia mintak pendapat aku itu ini. dan yang paling aku happy dia suka apa aku buat...warna warni+sweet. misi berjaya. next------> nikah angah ngan kawen dia. apa aku kene buat ngah?

apapun, tahniah angah!

credits to: AYUNI AZMAN untuk gambar2 yang dicilokssss...hehe. tengs yun!~

Saturday, September 24, 2011

Makeup Practise: Angah

Berlaku pada minggu lepas. tu pun sebab memang saje nak mekap dia. alang2 dia nak pergi kawan boyfriend dia kawen kan. selama ni pon selalu je main mekap2. haha. lupa nak tangkap before so malasla tangkap after. wakakakakaka.

Before.
ni pun sebenarnya dah pakai foundation, concealer semua. siap dah minor trim kening dia. tak la betul2 before. haha.

After.

rambut tu bukan tak sikat tapi inspired by Kak Limah. hehe

So kat bawah ni semua gambar gediks menggediks dia.



 Pic camera phone :(


Ok, jom muntah. haha.
 tak ngah, tak. belanja aku ok? T__T

Saturday, September 17, 2011

Make up Review 1

Hai.
Kali ni nak review tentang MAX FACTOR. dah lama sangat bertapak brand ni kat dunia. kira tahap senior gak la dalam kosmetik2 ni. cuma start masuk malaysia akhir tahun lepas. aku suka sangat2. serius. mari lihat apa yang aku pakai.

facefinity.
dah 2 ketul aku pakai. dan hampir mencecah ke 3. walaupun aku ni selalu berheavy make up tapi memang tahan lama. dah lah pakai setiap hari pergi sekolah. 4 bulan jugak la tahan. tak cakey. sebelum ni dah macam2 aku try. dari ZA, maybelline ke silky girl, sampai ke sheshiedo la, MAC la, Clinique la. yang ni tak sama. yang penting dia kan bagi natural look walaupun kau sental 18 lapis kat muka. tak refillable. tapi walaupun begitu harga sangat murah RM76 (eh ke RM78 aroun tu je la) je. setiap kali beli dapat casing baru melekat dengan bedak baru. tak payah sampai casing lama berkarat bercalar balar. hehe.








lipfinity.
Ni pon best sebab kalau apply tahan sampai 12 jam. terbukti berkesan sebab aku sendiri memakainya. RM52 sahaja. dapat sekali dengan moisturisernya yang dipakai selepas liptick yang macam lipgloss tu. moisturiser dipakai sebagai topcoat. pastu makanla mana2 apekebende semua bantai tapi lipstick tu still maintain. cuma kena apply moisturisernya selalula kalau tak nak nampak kering. macam semua orang tau, kalau yang long lasting ni kan agak kering sikit...thats wy dia sertakan dengan moisturiser...best.

concealer.
selama ni aku memang tak puas hati dengan mana-mana concealer. dah la buat mata panda aku ni nampak tua dan berkedut pastu merekah2 pulak tu. yang tak. memang ngam. nanti aku nak beli yang lg 1. yang bentuk liquid pulak. tunggu ni habis entah bila tahun agaknya kan. haha. yang ni aku tak beli. masa sale Mega Malaysia hari tu ada promotion. aku beli bedak dengan lipfinity tu kan dah above RM100 so dapat cabutan bertuah. aku cabut2 dapat concealer free. dah la free kan. best pulak tu. tengkiu.


Blusher.
ok, blusher ni optional la. bg aku, mana2 blusher pon, kalau pandai pilih dan ikut teknik aplikasi yang betul so effect dia akan wow kan. yang ni best sebab effect 3d nye. cheywah. harga RM36. kalau pakai, nampak macam dia highlight betul pipi kita siap nampak macam pipi licin gitu. so, kalau nampak pipi licin mesti orang fikir ish, cantiknya kulit dia...hehe. saikologi di situ.

contoh gambar. mekap nipis semasa beraya. hehe

 jangan hiraukan orang sebelah. tengok pipi saya. macam ada sinar harapan kan. it reflects light dengan bagus. ting!

pinjam kucing orang sebagai props. tak pakai concealer. nanti terkejut orang kampung nak meletops2 tanpa adik beradik gediks.

tata.

Sunday, August 29, 2010

Mak Andam Tak Bertauliah


Sangat lama since perkara ni berlaku.Sehari sebelum Ramadhan hari tu. 
Isnin aku tak pergi sekolah sebab ada meeting Bomba kat Rawang.
Selasa pulak, aku di invite oleh cikgu sekolah, ketua bidang yang bertanggungjawab mengelolakan AJK sambutan yang terdiri daripada pelajar2 F4 sekolah untuk majlis sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk cikgu2 yang cemerlang pastinya.
Aku ditugaskan sebagai jurusolek untuk menyolek budak2 tu sebagai AJK sambutan.
Seawal 4.45 pagi aku bangun sebab kena solek budak2 ni. majlis bermula pukul8. nak pergi ke tempat kejadian pukul7 pagi. mana tak kena bangun awal. dah la tak profesional macam MakeUp Artist kan. dua tak sempat, aku solek dalam van je. on the way ke tempat kejadian. ntahpape je.

so, inilah hasil2nya....
S

Mak andamnye tak sempat nak mekap langsung     

Sunday, August 1, 2010

Keputusan Percubaan

Entry sebelum ni ada aku mention yang aku try CLINIQUE 123 tu. 1st 3 days aku guna ok. mmg macam best. kulit pon lembut je rasanya kan. lepas 3 days tu, ada naik macam rashes sikit kat tepi hidung bawah sikit dari mata. ingatkan tak de pape, so, aku teruskan penggunaan. makin lama makin banyak pulak. so aku stopped. aku call asmida. dia cakap Etty dah bagitau dia jangan beli. dan asmid lupa nak bagitau aku. haha. pastu etty left comment dia. cakap dia pakai muka jadi teruk. ok, tak pe. boleh return balik. aku pegi return hari tu, ingat nak refund kan, boleh dapat duit beli benda lain pulak. tapi proses refund macam susah. so, the SA tu offer aku benda2 yang sama harga. dalam hati aku nak foundation sebab foundation dia best. masa aku pakai dulu yang botol dia macam segienpat tu. tapi bila kulit aku ada rashes, dia offer aku yang water base punye.

ok, tak pe. at least aku try. haha. tu la, gatal ngada nak try2 kan. cubala stick to 1 product. sekarang aku pakai dulu SKII pnye facial wash dengan toner dengan whitening sourrce brightener sebagai moisturiser nye sekali. guna balik facial wash tu sebab dulu salah cara guna tu yang menyebabkan kulit kering. kena leather kan dulu kat tangan baru cuci muka. tu yang diajar oleh SA CLINIQUE masa aku beli trial set tu. cara betul pon, tapi kalau tak sesuai dengan Asian skin tak guna jugak kan. mungkin kulit aku tak sesuai. cina ramai je beli, cantik je aku tengok dorang pakai. hehe.
SKII pnye SA pon cakap benda sama, leather kan dulu kat tangan, pastu buat circular motion kat muka 5second je, jangan lebih. kalau lebih it will dry out your skin. bahaya nanti kedut dan kuar flakes2 putih macam panau.

so, untuk asian skin, better manufacturer dia asian jugak. go for korean or japan products.
facial wash yang paling best bagi aku adalah.....bunyi drum....THE FACE SHOP! yang aku pernah buat review kat private blog aku. tu memang terbaik la.
pic taken from here

kalau nak guna THE SKIN FOOD, sila guna macam dalam gambar di atas. aloevera product range. best sebab soft dan bau pon sedap. lepas pakai, muka rasa macam bersih sangat. dan yang penting, lembut. aku try sebab dapat trial pack dia masa tengoh frust return CLINIQUE balik. haha. jalan kat skin food, tengok2, tanye2, macam tak yakin dia bagi dulu trial pack suruh try. bagus untuk combination skin. aloe vera kan bagus untuk skin healing. made in korea. made from natural ingredients. dan slowly rashes aku macam tamed down.

ape2 pon, better get to know your skin condition first before try anything u want to try. i recommend japan and Korean products sebab understand our skin better than product lain. kalau nak pakai syurah ke, safi pon boleh sebab aku tengok housemates aku pakai cantik je muka dorang, licin je, putih je.

sebenarnya tak kisah pon kan ape2 pon, asal sesuai dengan kulit, thats it. yang susah tu kalau asal try je tak sesuai. dah sesuai gatal nak tukar. haha. bila dah dapat yang sesuai, stick to it.

bila SKII tu dah habis, nak pilih mana eh, SKIN FOOD ke THE FACE SHOP? nak teruskan SKII, macam high maintenance sesangat nak pakai 1 set kan. essence je cukuple kot. tu fikir balik nanti. habiskan dulu, jangan membazir. haha.

chup!!!: credits to Etty and Asmida.

Friday, July 16, 2010

Review lagi

Dah lama nak buat. asyik lupa je.
1stly, STAGE wondergloss lipgloss.

RM56 ke RM58 (tak ingat tapi around tu la)

rasanya macam biasa je. cuma aku boleh pakai lipgloss ni sebab bila apply dia tak panas. tak semua lipgloss aku boleh pakai sebab bila apply akan rasa panas kat bibir. sama macam lipgloss lain, kena apply lagi dan lagi bila dah hilang. cuma colour dia cantik bila kat bibir. berbaloila dengan harganya kan...

2nd, PIXY two way cake.
kalau korang pernah tengok sinetron indonesia, masa dah habis cerita ada banyak2 tulisan naik turun tu, kalau perasan ada logo PIXY ni yang menaja kosmetik mereka. aku kenal dengan benda ni masa nak buat fashion show masa hari guru hari tu. aku punya bedak dah habis, ada clinique yang sample tu je. haha. aku tanye ain, ada bedak tak? dia keluarkan bedak ni. mula2 aku pelik bedak apa ni kan. pastu aku pakai, best gila sebab memang melekat dan macam licin muka. haha. tu yang penting. texture dia memang halus. best.
aku tanye la ain, mana dia dapat bedak ni. dia cakap banyak kat kedai macam jual jamu tu. erm, macam takut. tapi rasa sangat nak try.
 pic taken from here

Orang cakap, sememangnya sama sebijik sejibun dengan bedak COSWAY. tengok balik pon memang sama. mekap artis memang ramai guna. bedak PIXY ni pon, kalau guna span yang basah, memang kulit nampak licin habis macam artis. hehe.

harga murah gila. lebih murah berbanding COSWAY. RM10 je refill nye. kalau dengan bekas dia RM15 kot masa kat Mydin USJ tu. aku beli 3 time tu. dengan bekas sekali aku bagi mak. 1 aku tersalah beli kaler dia macam gelap sangat. aku beli yang cerah sket. tu dah nak tinggal sket dah tu. haha. ada SPF15 lagi.
masa jalan2 kat watson OU hari tu aku ada terperasan bedak ni. 1 compact powder rm12.90 je rasanya siap dapat refill free. jadi, aku lega betullah kan. bila masuk kat watson, means that ingredients dia selamat lah kan.
lepas ni dah beli lagi. (saje tak nak beli kat watson tu sebab nanti nak ajak Jon pegi kat Mydin USJ yang best tu) haha.

ok, itu saja.

Wednesday, May 19, 2010

Compact Powder and BB Cream

Atas permintaan Etty, benda2 umum harus dikongsi dengan umum. hehe.
Dari hari tu aku tak habis2 cari bedak. mesti ada je aku tak berkenan. dulu Ellizabeth Arden tu aku suka tapi sama tindakan dengan losse powder kan walaupon two way cake tapi tetap jugak aku tak puas hati. hanya kawan2 je tau aku mekap camne kan. haha.
last2 aku jual kat adik aku.
dapat sample Beauty de Kose. ok jugak tapi shade tak sesuai. mgkn next time boleh beli.

pastu aku jalan2 singgah SaSa, beli bedak baru. i read about it in magazine. recommended jugak la kan. so, aku rasa macam nak try.
ini dia dodo, product of Japan, made in Korea
ni compact powder, bukan 2 way cake

muka depan. haha

comel sponge dia. 
bukan full sponge, kat word dodo tu macam leather like lining.
bawah baru sponge.

layer bawah baru powder. ini shade aku. 02.

overall, ok la. best untuk touch up masa gedik2 keluar jalan2. tapi sebagai primer step rasanya better pakai two way cake. aku saje beli sebab konon nak touch up2 kan sedangkan bukan sempat pon. so pakai g sekolah. tapi kalau pakai sebagai primary step powder ni just give me medium coverage. masih nampak lagi pimple scars or even pimple tu sendiri. hehe.
murah je. sama ada two way cake atau compact powder sama je RM55.

BB Cream pulak

Apa tu BB cream? BB cream adalah satu cream yang banyak function walaupon hanya dalam 1 botol. yang ni BB cream yang aku guna. from THE SKIN SHOP. aku beli kat bbcmi.com RM78.

pic taken from here


mmg bagus untuk si pemalas sebab aku skip banyak step harian dengan menggunakan BB cream ni. tak payah pakai moisturiser, tak payah apply foundation, tak payah pakai sun block bagai. semua dah  formulated in 1 bottle.
antara benefit BB cream ialah (depend on BB cream tersebut, ni yang aku pakai seperti di atas):

MULTI ONE STOP BB cream has addition main functions of cosmetic base and liquid foundation, skin healing and moisturising also has brightening, anti wrinkle and UV protecting functions
- acts as cosmetic base and liquid foundation
- perfect camouflage for under eye circles, acne scars and dark marks
- gives natural makeup look
- moisturizes and softens skin
- controls oil balance of skin
- brightens skin
- improves wrinkles
- protects from damage of UV rays (SPF 37 PA++)
- encourages regeneration of skin to create and maintain youthful skin

ha, banyak tak? boleh jimat ye di situ. kalau beli asing2 dah berapa?
contoh aku amek yang murah2 pnye price:
foundation RM35
concealer RM28
moisturiser RM18
sun block RM35

kira sendiri. belom lagi essence2 untuk wrinkle dengan brightening effect. kan? kan? 
ok, berbalik pada BB cream. BB cream ada 1 shade sahaja. tapi it will magically blend ikut your skin colour. kena tunggu dalam kiraan 5 slow2 kira. jangan laju2 nanti kata aku tipu. pastu baru apply two way cake powder untuk full coverage untuk nampak macam artis atau loose powder/compact powder untuk medium coverage, nampak natural. natural look kan trend untuk spring and summer. hehe.
kalau tak nak nampak putih sangat, pakai cukup2 makan je. jangan over picit sampai boleh ganti water colour pulak. tak perlu. nak baca lebih lanjut, kat SINI.
ETTY, KO SESUAI PAKAI YANG AKU PAKAI NI.

ni pulak BB cream dari BIO ESSENCE. aku dapat sample beli female. dan aku dah pon try.
shade dia a bit darker than yang aku beli. texture dia lebih cair sket. tapi best jugak. kalau kulit macam gelap sket sesuai guna BB cream ni. sama jugak kene tunggu dalam kiraan 5 slow nanti dia akan magically blend dan match dengan skintone kita. best.
benefit:
Bio-essence Bio Multi-Effect BB Cream SPF25/PA++
• Smooth velvety texture to provide a natural & flawless finishing
• Refines pores & whitens skin
• Provides long lasting hydration to prevent skin dryness & regulates oil secretion
• Nourishes skin with essential nutrients & mineral elements to revitalize skin
• Improves skin texture for smoother, softer, refined & fairer skin
• Protects skin from harmful UV rays
(lebih kurang macam aku pnye tapi ni SPF25 aku pnnye SPF37)

aku recommend dua2. hehe. pilihla mana satu ikut skin tone masing.