Wednesday, February 16, 2011

Clumsy + unorganized + freak out + etc

Kalau tak sabar dah nak sewel rasanya. since engagement hari tu, memang busy habis. dengan engangement hari tu semua DIY. dari gubahan hantaran sampai ke deko mini pelamin. semua buat sendiri. hantaran termasuk sebelah jon sekali aku buat. memang sangat sibuk. dahla masa lagi sebulan nak majlis kena pulak pergi kursus induksi kat pangkor. syukur alhamdulillah la 1st time dalam sejarah batch kitorang kena 3 hari je. dah cut habis sepatutnya 2 minggu punya kursus. dipendekkan jadi 3 hari je. rezeku aku kot. kalau entah apa jadi pon tak tau. 
walaupun sibuk sesangat tapi aku sangat berpuas hati sebab ye la buat sendiri kan. lawa ke tak, belakang kira (dah tentula tak macam profesional langsung) yang penting, aku suka, jon pon suka. puas hati yang teramat. majlis simple je kan. jimat pon jimat kat situ. ok, bila ada gambar dari OP, bolehla cerita lebih2. belum dapat lagi sebab OP tu busy exam. hehe.

sekarang cerita nape aku hampir gila. 
sebabnya aku macam kurang boleh fokus kat keje la. haha. bukan asyik ingat nak kawen je. tak la macam tu. tapi sebab semua kita plan sendiri, buat sendiri tu yang macam busy sangat tu. malas la menyusahkan mak ayah. aku adalah pengalaman pertama dorang so aku kena bagi impression yang baik. hihi. tapi syukur rasanya dah 60% dah ready. 
disebabkan tu, keje kat sekolah aku buat mana penting dulu. malas fikir banyak la. pening kepala. haha. lantakla kalo orang kata lambat ke apa, biar pelan tapi betul. tapi ada jugakla aku terlepas pandang. ye la, asyik memandang ke hal kenduri, nak cari rumah semua, name list budak aku lupa nak print dan edarkan. haha. sampaia da yang mintak dengan nada marah. tak pe la. salah aku. masa anak dia kawen nanti mesti dia faham. mungkin dia tak faham sekarang sebab majlis dia dulu mak bapak dia kot yang fikir. haha. tu sebab dia kurang faham macam mana hati dan otak ni bekerja keras nak laksanakan majlis ni. huhu. tak pe, tak kisah pon.

lepas tu, aku terasa macam rindu sangat kat kelas lama. i mean, anak2 aku yang dulu 5B3. nakal2 diorang, tapi best. marah2 dulu pon, bukan la nak marah sangat. berbeza betul la dengan yang sekarang. dulu, wlaaupun ketua perempuan tapi sangat boleh diharap. sekarang, aku tengok sorang pon haih....terlepas cakap kang kena saman. ape pon, aku rindu yang dulu. 1st kelas aku handle sejak aku posting. apa2 pon mesti yang 1st is the sweetest kan? dan tahun ni sikit susah sebab ada beberapa yang bukan warganegara. ada banyak benda kena settle. banyak jugak maklumat kena mintak. 

PEKA jangan cakapla. ya Allah, tolongla. pening jugak ni. banyak belambak. ok, ok. ada 1 jalan iaitu buat perjanjian: lepas kawen kerja settle, dan jadi pekerja yang baik dan rajin serta cekap.
settle (menenangkan hati)....

Tuesday, February 15, 2011

Review

Dah lama sesangat tak update. bukan sahaja masa tak mengizinkan tapi kekangan kemalasan yang wujud dalam diri sendiri. mungkin perlu komunikasi yang baik dengan diri sendiri untuk mengatasi masalah ini.

baiklah, berbalik kepada review kita pada kali ini.
hari tu, pergi ke THE FACE SHOP sebab nak beli facial wash dah habis. dalam hati nak tengok mana tau ada toner best. dengan day cream. kan.
sebelum ni pakai DERMAHEAL punya toner. tapi malangnya disebabkan ada terkandungnya AHA dalam ingredients toner tersebut aku tak tahan. tak tahan bukan allergic ke apa cuma bila ada AHA bila apply terasa macam panas sikit. aku tak minat macam tu. so tak pakai. masa try dulu, dalam aircond tak la rasa macam panas. degil sangat. bila dah ada AHA tu jangan la beli, ni tak. nak jugak. haha. sama macam GARNIER pnye roll on mata tu. pon ada jugak. menjerit aku bila apply. pon ada AHA. tu susah tu. nak putih tp tak nak ada AHA. haha.
nampak yang ni:
image taken from here



image taken from here

sampai sekarang aku pakai, mmg rasa selesa dan best. bagi aku la kan. untuk combination skin dan kulit mengada yang tak boleh nak ada AHA tapi nak ada brightening. bau pun best. sangat2 best. kalau tak percaya, boleh pergi THE FACE SHOP dan try tester yang tersedia. 

lepas ni, apa lagi tak cukup? haha. buat masa ni, aku tak terfikir lagi nak tukar product. kecuali umur 30 nanti. haha. target aku nak ada satu complete set anti aging skin care. walaupun sepatutnya dah kena start pakai anti aging dari sekarang tapi nak enjoy dulu pakai THE FACE SHOP. 

kenapa memilih THE FACE SHOP? sebab aku memang suka japan and korean products. sebab pada aku, mmg suits asian skin. lagipon produst dia mild, and from natural ingredients. so, sampai sekarang kulit aku tak de sebarang perubahan negatif pon. gatal2 tak de, merah2 pon tak de. kalau hi end product memang aku galakkan beli SKII berbanding brand lain. tapi disebabkan nak pakai semua barang maksud aku, tonerla, moisturizer la. nak beli 1 set SKII and maintain mmg nangis jugak la kan. sebab moisturizer je dah RM300++. tapi boleh pakai lama. sure terasa bila gedebuk bayar rm300++. hehe. mmg terasa wok. cukupla kalau pakai essence dia. sebab tu the best product of SKII. yang lain boleh back up dengan brand lain. kulit asian tak sama dengan kulit manusia dari benua atau galaksi lain. thats why aku pilih asian product jugak. 
kalau tak nak pakai THE FACE SHOP, brand middle end macam SKIN FOOD, MISSHA, pon ada jugak. mostly, guna natural ingredients. boleh kata macam ni la ratio dia. 85% natural ingredients, lagi 15% mgkn chemical. sebab kalau nak kata 100% natural tu macam kureng pecaya pulak sebab tarikh luputnya sama macam product chemical lain kan. ye la, kalau 100% natural, nape boleh store lama, tak basi pulakkan? thats why. tapi ratio natural nye adalah lebih tinggi berbanding product lain. chemical banyak membahayakan untuk jangka masa panjang. tapi berpihak kepada kegemaran, kesesuaian dan duit masing2....kan?  haha. ok sudah.
try at your own risk ye. hehe.