Wednesday, February 16, 2011

Clumsy + unorganized + freak out + etc

Kalau tak sabar dah nak sewel rasanya. since engagement hari tu, memang busy habis. dengan engangement hari tu semua DIY. dari gubahan hantaran sampai ke deko mini pelamin. semua buat sendiri. hantaran termasuk sebelah jon sekali aku buat. memang sangat sibuk. dahla masa lagi sebulan nak majlis kena pulak pergi kursus induksi kat pangkor. syukur alhamdulillah la 1st time dalam sejarah batch kitorang kena 3 hari je. dah cut habis sepatutnya 2 minggu punya kursus. dipendekkan jadi 3 hari je. rezeku aku kot. kalau entah apa jadi pon tak tau. 
walaupun sibuk sesangat tapi aku sangat berpuas hati sebab ye la buat sendiri kan. lawa ke tak, belakang kira (dah tentula tak macam profesional langsung) yang penting, aku suka, jon pon suka. puas hati yang teramat. majlis simple je kan. jimat pon jimat kat situ. ok, bila ada gambar dari OP, bolehla cerita lebih2. belum dapat lagi sebab OP tu busy exam. hehe.

sekarang cerita nape aku hampir gila. 
sebabnya aku macam kurang boleh fokus kat keje la. haha. bukan asyik ingat nak kawen je. tak la macam tu. tapi sebab semua kita plan sendiri, buat sendiri tu yang macam busy sangat tu. malas la menyusahkan mak ayah. aku adalah pengalaman pertama dorang so aku kena bagi impression yang baik. hihi. tapi syukur rasanya dah 60% dah ready. 
disebabkan tu, keje kat sekolah aku buat mana penting dulu. malas fikir banyak la. pening kepala. haha. lantakla kalo orang kata lambat ke apa, biar pelan tapi betul. tapi ada jugakla aku terlepas pandang. ye la, asyik memandang ke hal kenduri, nak cari rumah semua, name list budak aku lupa nak print dan edarkan. haha. sampaia da yang mintak dengan nada marah. tak pe la. salah aku. masa anak dia kawen nanti mesti dia faham. mungkin dia tak faham sekarang sebab majlis dia dulu mak bapak dia kot yang fikir. haha. tu sebab dia kurang faham macam mana hati dan otak ni bekerja keras nak laksanakan majlis ni. huhu. tak pe, tak kisah pon.

lepas tu, aku terasa macam rindu sangat kat kelas lama. i mean, anak2 aku yang dulu 5B3. nakal2 diorang, tapi best. marah2 dulu pon, bukan la nak marah sangat. berbeza betul la dengan yang sekarang. dulu, wlaaupun ketua perempuan tapi sangat boleh diharap. sekarang, aku tengok sorang pon haih....terlepas cakap kang kena saman. ape pon, aku rindu yang dulu. 1st kelas aku handle sejak aku posting. apa2 pon mesti yang 1st is the sweetest kan? dan tahun ni sikit susah sebab ada beberapa yang bukan warganegara. ada banyak benda kena settle. banyak jugak maklumat kena mintak. 

PEKA jangan cakapla. ya Allah, tolongla. pening jugak ni. banyak belambak. ok, ok. ada 1 jalan iaitu buat perjanjian: lepas kawen kerja settle, dan jadi pekerja yang baik dan rajin serta cekap.
settle (menenangkan hati)....

No comments: