Sunday, November 27, 2011

Pertunangan Angah

Pada tarikh keramat 6 November 2011 yang lepas, beliau telah selamat menjadi tunangan orang. aku telah diamanahkan untuk mekapkan angah. walaupun ilmu belum sampai suku didada, aku tetap mencuba sehabis baik dengan semangat yang berkobar2...

 Angah inthemaking



 perbandingan sebelum dan selepas

 tertutup jugak imperfections nya. Alhamdulillah...

 sebenarnya ada isu yang berlaku. masa kemas2 barang, kecoh2 letak humban sana sini nak kemas bahagian depan, beg mekap aku terbalik. cari punya cari tak jumpa eyebrow pencil aku. tu sebab kening dia terhitam sikit sebab aku just guna berus serong dengan eyeshadow coklat. :( lain kali kena standby banyak2 bekap. hehe.
tapi ok je kan?
yang lain aku dah setelkan awal2, macam hantaran dia, aku dah buatkan dari rumah kat selayang lagi. gambarnya aku lupa aku transfer dr hp ke folder mana. haih. hehe.
balik je kampung, aku terus bergegas membuat hantaran yang belum siap. macam sirih junjung, dengan Al-Quran.
lepas selesai hantaran, beralih pulak kepada mini pelamin. since tema adik aku WARNA-WARNI, kesemuanya kenalah warna warni. mula2 rasa macam tak yakin gak nak buat sebab takut sangat jadi instead of sweet jadi 'kels' lak kan. tapi kaler 'kels' stylo ape kan? mereka mengamalkan kaler block, woa!~


 hasil kreativiti yang mencurah2 masa tu.
tambah elemen alam semulajadi sikit: ikan comel dan sikit fresh flowers+bunga rampai

 pic taken by Jon: aku sangat suka pic ni. huhu

 lampu lip lap tu ayah beria pinjam kat pokteh(pakcik aku) suruh letak. rama2 tu angah nak sangat. (abaikan tisu yang menumpang tu. bunga tepi hasil gubahan aku hoho.

banyak benda yang recycle dari kenduri aku dulu. macam selimut kedut ikea tu, pasu bunga yang adik2 aku sembut cat putih, rangka stage ayah buat dengan bunga2 sikit. jimat turun temurun!~


 aksesori tudung tu pun sempat jugak aku jahit malam sebelum.

 Termasuk bunga tangan dia pun mesti nak warna warni juga. memang mengikut personaliti adik second aku ni memang dia ceria, memang suka yang colourfull. haha.

 sehari sebelum majlis, petang tu aku setel sekali buat bunga tangan ni. 
sangat warna warni! i like!~


 bersama tunangnya...



masa aku kawen dulu, aku memang tak sempat langsung nak fikir apa sangat. so, bila adik2 nak bermajlis2 ni, dan aku lak ada banyak masa lapang (akhir tahun lak tu kan) apa salahnya aku berkarya sikit. tolong dengan bersungguh2 sebab angah bagi kepercayaan kat aku dan sebenarnya aku sangat suka bila dia mintak pendapat aku itu ini. dan yang paling aku happy dia suka apa aku buat...warna warni+sweet. misi berjaya. next------> nikah angah ngan kawen dia. apa aku kene buat ngah?

apapun, tahniah angah!

credits to: AYUNI AZMAN untuk gambar2 yang dicilokssss...hehe. tengs yun!~

Thursday, November 24, 2011

Anak Lulu

Dah 2 minggu Lulu beranak. 

Sebenarnya aku ngan Jon tak tau pon Lulu  pregnant. sebab dia tak reti nak bunyi2, bising2 kot. minggu tu memang kitorang dah decide nak balik kampung Jon. sabtu pagi tu aku ada LADAP (in house training). pastu dari pkl9 pagi tu Jon dah mesej aku. dia pelik. apehal Lulu asyik cabut bulu dia je. habis satu cage berterabur ngan bulu dia. masalahnya cage tu bawahnye bukan tertutup tapi berjaring. habis jatuh ke tray najis dia ngan bobo. siap, bulu bobo pon dia cabut sekali. yang mengharukan kitorang, bobo rela je bulu nya dicabut. Jon dah sedih2 dah nape lulu macam tu. pastu aku bagitau jon, mungkin lulu pregnant. sebab masa ada jumpa sorang akak kat petsmore, dia ada tunjuk video arnab dia nak beranak. memang berlari2 siap cabut bulu. tapi dalam otak ni, fikir gak, camne kalau lulu sakit? nak mati ke? memang tak sanggup nak hadapi benda tu. terus sedih.

lepas je jon amek aku dari sekolah, singgah jap area selayang mall, pergi beli satay kajang pastu terus ke kedai plastik,  beli raga besar sikit. sampai je rumah, kutip bulu lulu yang mana boleh kutip, kumpul balik dalam raga tu. dengan letak sehelai kain buruk yang tak buruk sangat la. asingkan lulu dari bobo. kalau berpenyakit bobo tak berjangkit. kalau nak beranak dah asingkan siap2 la. kemungkinan yang tak pasti.

kemas barang, terus gerak ke bagan serai. on the way tu memang sangat risaukan lulu. oh, bobo letak kat bakul lain. asyik2 angkat penutup raga tu cek dia ok ke tak. sepanjang jalan ok je. Alhamdulillah.

sampai je, turunkan lulu dulu. kitorang sibuk turunkan barang lain. tiba2 adik jon bagitau lulu beranak! oh! macam tak percaya. aku lari dari dapur nervous gila fikir alamak camne nak jaga arnab dalam pantang. camne nak pastikan baby nye sihat dan dapat susu maknye. macam2 aku fikir. bukak je raga, tengok ha, ada 5 berderet. pergh...hebat. tahniah Bobo! awak dah jadi ayah! dan tahniah aku jugak, aku jadi nenek, jon jadi atuk!~ hehe.

pastu mak mertua aku tanyela apa kecoh2 kat depan tu. pastu aku cakap, tahniah mak, mak dapat cicit. hahahhahaha. 

 Ini anak lulu yang survive. 

 comel kan? hehe

yang ni antara yang tak survive. dah meninggal belum sempat dimanjai oleh tuan mereka.

at first, memang geli nak remove. tapi disebabkan oleh Doktor Haiwan tak bertauliah: adikku ayang dan jugak Minah Google: etty(Googlety), aku dengan plastik di tangan, remove jugakla yang tak survive ni. remove punya remove, sebenarnya bukan 5 jumlah sebenar anak lulu, rupanya 6! hebat!~
memang banyak ayang ajar aku tentang haiwan baru lahir. sangat banyak. memang dia sangat banyak pengetahuan tentang haiwan. etty pon menggugelkan sebab kat rumah mak mertua aku tak ada internet. dia tolong bagitau apa yg aku tanya. haha. lagipun memang tak sangka lulu mengandung. perut pon tak nampak. kalau tak, dah lama aku prepare katil air ke, buaian elektrik ke. hahahahah.

ni anak lulu yang betul2 survive. nama belum bagi. tapi pada firasat aku betina rasanya.
sampai je rumah masa tu anak dia 2 ekor lagi yang hidup. tapi memang sekor lagi tu nampak lemah. dorang memang tak pandai cari susu dari lulu. memang aku dengan sarung tangan plastik tolong carikan susu, letakkan mulut anak2 nye kat susu lulu. baru tau nak hisap. pastu ni kan pengalaman pertama lulu. dia tak tau nak jaga anak camne. dia bajet macam remaja lagi. bukak je tutup raga, sibuk nak melompat. memang dia sangat kasar dengan anaknye. dia tak hairan langsung. manusia berpengalaman pertama melahirkan anak pon nervesss. macam2 fikir. aku pon tak terkecuali nanti. cuma bezanya haiwan tak fikir sebab akal tak de. nalurinye je lambat kot datang kot.

 all black. ni yang resesif kot. bobo brown. lulu putih tapi ada minor hitam.

yang ni lah yang paling kuat. tapi memang jarang arnab kalau first time beranak semua anaknya hidup. hamster pon sama. adik aku bagitaula kan. sekarang ni baru lulu pandai jilat anak dia. sampai masa, dia bagi anak dia susu. memang dia tak suap tapi dia kuis2 anak dia sampai ke susu dia. lulu marah tau kalau aku buat2 nak ambil anak dia. saje ngusik. haha.


hello world. saya anak manja mak saya....saya dah ada bulu dan boleh bukak mata!

sekarang ni kesian la bobo. dok sorang2...at first, masa asingkan lulu daripada dia, dia duduk terperuk kat hujung cage. bukak pintu pon tak nak keluar. kalau dulu tok sah cakap la kan. baru je letak tangan nak bukak pintu cage dah berdiri2 dah tak sabar nak keluar. sekarang ni, kesian gila kat bobo. sunyi betul nampaknya. tak de geng nak lari2 dalam cage. dia rindu lulu kot. ye lah, mana taknya. bobo pemalas, kalau tak lulu dok mandikan, aku la yang lap guna syampu dia tu. lulu bersih, rajin mandi. tak pe.

sekarang anak lulu dah makin besar. dia memang asyik menempel je kat mak dia. comel. hitam itu keunggulan. hehe. aku berjaya jaga arnab dalam pantang. ho yeah~

Friday, November 11, 2011

Let's Make it Short

Sangat banyak nak tulis tapi sangat sibuk. entah bila tak sibuknya aku pun tak tau.
apa yang best, Angah dah bertunang. tu pun aku tak sempat nak upload pics dia lagi. kesian. apa pun tahniah Angah ku sayang.
sekarang nak sambung marking paper. key in dalam SAPS. sambil tengok tv. haha. manala tak lambat. yang penting siap dan aku happy.

ada masa, aku post banyak2. buat masa ni tak boleh tulis lebih2. :)

da.