Sunday, November 27, 2011

Pertunangan Angah

Pada tarikh keramat 6 November 2011 yang lepas, beliau telah selamat menjadi tunangan orang. aku telah diamanahkan untuk mekapkan angah. walaupun ilmu belum sampai suku didada, aku tetap mencuba sehabis baik dengan semangat yang berkobar2...

 Angah inthemaking



 perbandingan sebelum dan selepas

 tertutup jugak imperfections nya. Alhamdulillah...

 sebenarnya ada isu yang berlaku. masa kemas2 barang, kecoh2 letak humban sana sini nak kemas bahagian depan, beg mekap aku terbalik. cari punya cari tak jumpa eyebrow pencil aku. tu sebab kening dia terhitam sikit sebab aku just guna berus serong dengan eyeshadow coklat. :( lain kali kena standby banyak2 bekap. hehe.
tapi ok je kan?
yang lain aku dah setelkan awal2, macam hantaran dia, aku dah buatkan dari rumah kat selayang lagi. gambarnya aku lupa aku transfer dr hp ke folder mana. haih. hehe.
balik je kampung, aku terus bergegas membuat hantaran yang belum siap. macam sirih junjung, dengan Al-Quran.
lepas selesai hantaran, beralih pulak kepada mini pelamin. since tema adik aku WARNA-WARNI, kesemuanya kenalah warna warni. mula2 rasa macam tak yakin gak nak buat sebab takut sangat jadi instead of sweet jadi 'kels' lak kan. tapi kaler 'kels' stylo ape kan? mereka mengamalkan kaler block, woa!~


 hasil kreativiti yang mencurah2 masa tu.
tambah elemen alam semulajadi sikit: ikan comel dan sikit fresh flowers+bunga rampai

 pic taken by Jon: aku sangat suka pic ni. huhu

 lampu lip lap tu ayah beria pinjam kat pokteh(pakcik aku) suruh letak. rama2 tu angah nak sangat. (abaikan tisu yang menumpang tu. bunga tepi hasil gubahan aku hoho.

banyak benda yang recycle dari kenduri aku dulu. macam selimut kedut ikea tu, pasu bunga yang adik2 aku sembut cat putih, rangka stage ayah buat dengan bunga2 sikit. jimat turun temurun!~


 aksesori tudung tu pun sempat jugak aku jahit malam sebelum.

 Termasuk bunga tangan dia pun mesti nak warna warni juga. memang mengikut personaliti adik second aku ni memang dia ceria, memang suka yang colourfull. haha.

 sehari sebelum majlis, petang tu aku setel sekali buat bunga tangan ni. 
sangat warna warni! i like!~


 bersama tunangnya...



masa aku kawen dulu, aku memang tak sempat langsung nak fikir apa sangat. so, bila adik2 nak bermajlis2 ni, dan aku lak ada banyak masa lapang (akhir tahun lak tu kan) apa salahnya aku berkarya sikit. tolong dengan bersungguh2 sebab angah bagi kepercayaan kat aku dan sebenarnya aku sangat suka bila dia mintak pendapat aku itu ini. dan yang paling aku happy dia suka apa aku buat...warna warni+sweet. misi berjaya. next------> nikah angah ngan kawen dia. apa aku kene buat ngah?

apapun, tahniah angah!

credits to: AYUNI AZMAN untuk gambar2 yang dicilokssss...hehe. tengs yun!~

No comments: