Wednesday, August 7, 2013

Pengalaman Bersalin

Sakit.

Haha. Tu semua orang tau dan siap expert lagi. Tapi aku rasa nak cerita sikit pengalaman aku.

Keluar tanda mucus plug tu dalam pukul6 petang hari sabtu. Aku seriously tak tau ape bendakah itu. Sebab selama aku mengandung sikit pun x de yg pelik macam tu, apa tah lagi sakit. Discharge biasa dan sakit kaki sengal joints kat punggung tu ada la. Sabtu petang aku dengan husband pergi ambil stok dan pergi bazar ramadhan. Jalan pergh laju habis. Husband yg kata penat. Sedangkan puasa sama2. Siap langkah longkang besar lagi. Sekali balik pergi tandas ada mucus plug.

Aku tau pun sebab aku google dan tanye mak. Mak aku dah start panick. Aku selamber gelak gelak. Ye la baru turun tanda. Aku pon time tu mintak maaf semua dengan mak ayah dengan husband. Ye la tak tau nak beranak bila. Mak dengan ayah siap suruh aku bukak puasa dan makan apa aku nak dan teringin.

Pukul 3 pagi aku rasa tak selesa. Tapi tak la sakit sangat pun. Masih boleh tidur. Bangun sahur husband dah request nasi goreng so aku bangun macam biasa masak la nasik goreng. Tapi dalam masa masak tu rasa sakit. Itulah contraction kot yg selama ni aku asyik fkir macammana sebenarnya contraction yang cikgu2 sekolah dok briefing aku. Tapi masih boleh tahan walaupun masa sakit datang jap tu aku bersandar kat dinding. Disebabkan teringin sangat koktel aku pun buatla walaupun subuh sepi'e..

Bila dah rasa kerap sikit sakit aku call mak aku. Dia suruh pergi hospital. Aku dah lama prepare barang nak pergi hospital. Masa 8 bulan lagi. Cuma malam tadi la baru betul2 cari mana tak cukup nak pergi hospital.

Dalam pukul7 aku pergi hospital. Cek cek rupanya baru 1 cm bukak. So kena balik rumah la. Doktor muda comel hnsem cakap lagi 2 ari baru beranak. Siap auruh aku pergi mintak result MGTT kat klinik desa hari selasa masa aky check up nanti.

Balik je rumah jap sakit jap tak kan aku siap boleh bukakkan gate untuk husband masuk kete. Gelak gelak. Rasa macam penat aku pun tidur. Tp terbngun setiap kali contraction. Aku rasa lapar kan sahur je makan tadi. Aku makan kurma. Lepas je makan kurma tu setiap kali contraction aku muntah. Memang lembik jugak la kan. Dalam pukul1030 mak aku smpai. Contraction macam lagi kerap. Mak aku yg panik tu terus ajak peegi hospital. Sampai hospital doktor muda lagi comel seluk lagi dah 4 cm dilate. Malu ai.

Tak lama lepas tu aku ken tukar kat katil hujung belakang dinding. Nak kata penuh tak jugak katil katil yang ada machine tu. Entah kenapa nurse tua tu suruh aku pindh kat situ. Dah la contraction makin kuat. Rasanya dah 5cm. Dia suruh aku berjalan sendiri ke hujung tu. Nak tolong pegang aku macam jangan harap je. Nurse pagi tadi semua baik. Nurse tua ni kerek gila kot... India yang dah bukak 6cm elok je duduk katil yang proper. Tak adil ok.

Sakit dah makin kerap kat katil tu.
Sakit yang sampai tak boleh menangis. Tu yang orang kata sakit gila yang tak dapat digambarkan. Semua orang tak boleh describe. Sampai aku ramas ramas tilam,pegang besi tu rasanya macam nak cabut je. Kencing berak dah tak perasan. Tapi aku ingat mak pesan jangab sesekali menjerit atau keluarkan suara yg annoying. Kalau sakit zikir. Masa sakit contraction 5cm tu boleh lagi zikir. Rasa dah 7cm tu mmg dah nak meneran rasanya. Tapi tak de sape nurse pon datang jenguk aku... India yg 6cm tu dah lama kena tolak masuk labor room. Aku agak je aku 7cm sebab dah rasa kuat sangat sakit. Aku panggil nurse, sebab rasa macam dah keluar air. Ingat air ketuban. Dengan kereknye nurse datang tak sampai seminit nengok aku dia blah sambil cakap patient claim air ketuban dah keluar tapi discarge biasa je.

Nurse tu blah camtu je. Contraction dah makin kerap sangat sangat. Sampai tak sempat rehat. Aku ada ambil ubat apa nama entah aku tak ingat. Tapi bukan epidural sebab epidural office hour je kat selayang. Hehe. Memang rezeki beranak kat selayang hari ahad... So aku just ambil ubat yg mengantukkan je. Tapi tak de kesan pun. Sakit terasa sangat. Cuma sakit dalam ngantuk. Ha sambung pasal nurse report kat doktor tu. Doktor tanye patient mana tu ye... Nurse kata yg kat katil belakang. Terkejut doktor tu terus datang tengok aku. Mentang mentang la aku ni anak pertama kan...siap nak tunggu sampai selasabye kome...

Doktor datang cek bukaan aku. Terkejut beruk dia sebab dah 9cm. Nasib baik aku panggil nurse tu dalam tak larat. Kalo tak mau beranak kat situ. Doktor pecahkan air ketuban dan aku pon ditolak ke bilik beranak pukul 415. On the way tu aku nampak muka husband yang cuak dan nak nanges. Nampak muka adik2 ngan mak. Hehe. Pengalman pertama mak jugak..mana tak cuak kan. Aku dah sakit memang tak ingat nak pesan yang aku dah sediakan baju, pampers dan towel nak bagi nurse. So, yang jurse dpt yang husband korek dalam bag le.

Dalam labour room tu nak salin baju pun dah tak larat. Rasa nak cepat cepat keluarkan budak sebab asek rasa ak meneran. Belum burse cakap push aku dah siap push dah. Dah tak ingat dah breathing technique ke hape. Teran je sampai keluar. Alhamdulillah. 3 kali teran dah keluar pukul 4.34 petang...

Release gila dah keluar. Alhamdulillah baby sihat. Cuma dia dah berak tapi alhamdulillah jugak dia x makan najis tu. Selesai jahit aku kena stay bilik beranak tu sebab katil untuk 1st class belum ada lagi. Dalam pukul7 baru dapat katil. Husband teman sampai pukul 9 baru dia balik. Tu pun dia dah lembik sebab langsung tak makan apa apa buka puasa. Terlalu risaukan aku.

So, malam tu first night aku dengan baby. Syukur tak tau nak cakap memang syukur sangat. Walaupun diketepikan di sebalik dinding dalam bilik menunggu tu tapi segalanya Allah permudahkan...

Kepada sesiapa nak bersalin dekat selayang, sebenarnya ok je. Memang feedback selama ni yg aku interview kat sekolah tu dalam 1:10 je yg negatif. Sungguhpun aku dibiarkan begitu sahaja, tapi segalanya berjalan lancar. Jahitan pon cantik nurse bagan datoh cakap. Banding dengan jahitan adik aku, hosp teluk intan, pon cantik tp nurse tu kata jahitan kat aku lagi cantik. Haaaaaa.... Selayang ok... Cuma aku je yang tak match dengan hospital. Hehe.

Hari sabtu ni genap usia Emmir 2 bulan.
Tapi sakit bersalin tetap segar dalam ingatan. Ahahahhaa.

Alhamdulillah ya Allah!

Tuesday, July 30, 2013

Pengalaman mengandung

Alhamdulillah. Selama aku pregnant aku tak mengalami apa apa masalah. Cuma masa first 4 month, evening sickness aku teruk la jugak. Lepas tu ok cuma masalah dengan setiap hari nak makan apa. Sebab aku tak boleh masak. Bau nasi panas tak tahan. Bau tumis tumis pon tak tahan.

Memang makan kat luar je. Tapi penatla fikir hari ni nak makan apa. Lepas balik sekolah tu soalan pertama husband. So aku kena fikir sebelum loceng sekolah bunyi. Tapi Alhamdulillah semua yang aku nak, kerenah dan ngada ngada aku husband turuti dengan sabar dan sabarjelah. Hehe.

Mana tak nya. Kalau minggu tu nak spaghetti, the whole week la spaghetti. Kalau minggu tu selera secret recipe, sr la. Antara menu yang menjadi pilihan masa pregnant ialah subway (semua promotion of the day), chicken chop, wendy's, burgers. Kebnyakannya western masa awal awal. Masuk 6 bulan dan boleh makan nasi. Tu pun nasi yang berperisa dan dibeli. Hoho. Nasi ayam tesco dengan nasi goreng ayam.

Masalah biasa orang mengandung macam hb aku cukup makan je 11.0. Tak naik tak turun. Masa dh nak bersalin hari tu tiba tiba kat sekolah macam nak pitam. Dah tak tahan aku pun pergi makan. Masa ni dah 9 bulan la menunggu hari. Favourite masa ni boleh pulak entah dari mana selera sangat pajeri nenas. So setiap kali pergi kantin mesti makab pajeri nenas. Tapi pening tak baik juga. Aku mintak balik awal then pergi klinik. Doc cakap aku kurang gula. Tak sangka pulak kurang gula. Aku memang x berapa minat manis. Tak sangka la pulak sampai kurang gula sampai nak pengsan. :)

Selama 40 minggu 3 hari aku pregnant memang sangat mengujakan. Kecuali berperang dengan heartburn dan kencing 4 kali waktu malam. Tu je yang kurang best. Yang lain semua best. Tak payah sapu sampah kat rumah, tak payah basuh pinggan, mop sebab semua husbnd buat. Cakap je apa yang teringin insya allah semua dapat kalau tak hari ni, esoknya. Dari kuih sampan sampai ke koktel buah, dari cucur udang ke goreng pisang mak buat sendiri sampai ke breakfast meal coffee bean. Yang paling aku bersyukur sekali, aku tak de teringin yang pelik pelik. Alhamdulillah sebab semua yg aku teringin masih boleh dibuat dan didapati di malaysia. Macam masak lemak pisang. Hehe.

Teringat masa baby ada dalam perut. Rindu jugak nak rasa gerak gerak baby. Ada masa bila perut dah besar dia malas gerak. Paksa pun tak nak gerak. Aku minum ais secawan. Ha, terus bergerak sakan.

The worst part aku ni agak malas nak baca pasal pasal ngandung ni. Cuma aku rasa cukup kawan kawan sekolah yang sangat berpengalaman selalu cerita masa kat kantin. Almaklumlah anak dorang bukan sorang dua, ada yg tiga, empat, enam, tujuh pun ada. Tak paham tanye mak. Tak pun mak mertua. Masing masing lima. Aku ada download la apps pregnancy kat hp. Tu pun atas desakan bestfriends. Huhu.

Paling best, shopping barang baby la. Rasanya almost everyday beli baju baby. Kalau jumpa yang best pada aku ngan husband tak kira kat mana grab je. Start beli barang baby masa 5 bulan. Benda pertama aku beli ialah breastpump electric avent. Dapat murah order dengan kakak kawan yang duduk kat UK. Lepas tu senyap kejap. 6 bulan baru start balik sikit2. Kejar jugak mom and baby expo. Yg bulan 5 pergi dengan bestfriend, ain. Dia pun pregnant jugak, 2nd baby. Dia banyak ajar apa ni apa tu. Second yang bulan 7 pergi ngan husband. Warehouse pureen pun pergi dengan husband sebab ain dah sarat. Hihi. Gigih. Kejar jugak sale baby department kat sogo. Yang ni selalu pergi siap seret angah. Ha, angah pun pregnant. Best gila pregnant sama ngan adik dan bestfriend. Orang kata kalau banyak berjalan kan senang beranak. Hihi. Alasan nak shopping sebenarnya. Macam stroller la car seat la semua dah setel masa hujung 7 bulan lagi. Husband excited. Aku pon ;)

Tapi alhamdulillah semua dah selamat. Pengalaman 40 minggu 3 hari yang sangat bermakna dalam hidup aku....

:)