Saturday, July 23, 2011

quick update

Pergh. lama betul tak update. malas adalah perkara pokok la kan. kekangan lain, laptop tak ada kat aku, kalau ada pun, broadband pula tak ada.

so sekarang aku adalah bini orang. tapi belum duduk sama since hal2 pembelian rumah belum settle hence belum dapat kunci. lagi sikit je kot. tak lama lagi rasanya sebab 1st payment bank dah bayar untuk settle kan hutang owner kepada bank di mana owner tu buat loan untuk beli rumah tu dulu. aku beli atas orang. tp kes nye, dia tak sempat duduk rumah tu dah kene tukar keje kat kedah. dia tak penah duduk pun rumah tu. alhamdulillah, mungkin rezeki aku. sejenis town house. dan aku berjaya membeli rumah pada umur 26 tahun. walaupun tak mahal mana tp bg aku, tu dah lebih dari cukup untuk aku membina keluarga nanti. aku tak layak untuk skim rumah pertamaku sebab aku orang kerajaan. .alhamdulillah. aku jugak tak layak untuk loan kerajaan sebab time aku beli tu aku belom sah jawatan. lagipon cikgu2 kata guna loan kerajaan leceh, kena turun naik bahagian loan kerajaan kat PPD ke mana ntah. susah kot, aku tak suka la leceh2 ni. lg pon tak layak. haha. tak payah banyak cerita.

located kat atas bukit, nak gak merasa macam kat genting walaupun bukan genting dan aku tak pernah pon pergi genting. haha. tak sabar sebenarnya nak pindah. walaupun nanti kalau aku masuk memang sedih kehidupan, belum ada modal nak buat plaster silinng, kitchen cabinet, dan memborong perabot di wescourt, kehidupan sama macam pelarian tapi asalkan berdua mesti best kan? duit kitorang memang habis terus untuk kenduri kedua2 belah, tambah dump down payment 10% untuk rumah serta legal fees n valuation fee plus kene curi RM7000, memang habis sehabis-habisnya. haha. ni nak menapak balik from zero. sian Jon struggle dengan bisnes dia. tak pe, slow2. yang penting, dengan bangganya belum apa2 hal hari tu, Jon dah beli TV siap2 masa ada offer kat Tesco. apehal beli TV kan. looking forward nak beli peti ais dengan washing machine lak. basic dulu dan paling penting iron steamer. haha. senang nak iron baju kurung yang ada beadings.

lagi apa? dah tak reti nak cerita.
sekarang dah sah jawatan. tak sabar nak tunggu tahun depan nak keluarkan KWSP (aku memilih skim pencen) untuk buat renovation kat rumah. macam mana? tu aku dengan Jon belom fikir lg. now memang gila magz tentang rumah2 ni. tapi magz pengantin tetap jadi kegemaran sebab nak tengok pattern baju sebab senang nak tunjuk gambar kat tailor nak tempah pattern macam mana. haha. potong je gambar.

tak pergi honeymoon. sbb everyday is a honeymoon bg aku dengan Jon. walaupon masih duduk asing2 lagi sekarang ni. tapi setiap hari dating. sebab rugi kalau nak sewa rumah lain. deposit lg. lagipun, aku dah kena bayar half untuk rumah aku beli so that means tak lama lagi je kan. lepas dapat kunci, tukar nama eletrik dengan air, pasang lampu ngan kipas, boleh duduk.

gambar dh dapat dr OP. belum sempat2 nak upload. yang sebelah aku la. nanti2 pon x pe...tak pon tunggu yang sebelah Jon punya sekali. senang sekali harung.

yang paling best, masa aku sanding kali ke2 tu, aku kene campak halus 3hari sebelum sanding. pergh. memang gatal habis. lagi sehari nak sanding, naik habis seluruh badan. dah risau dah pada hari kejadian tu naik kat muka. tp Alhamdulillah, naik kat muka sikit je. macam jerawat remaja yg halus2 tu je. sebelah pipi kanan sikit, dahi sikit. cover dengan mekap, tak nampak sangat. fuuuhhhh. masa pakai baju sanding tu tak rasa nak bergaru pon tapi buka je baju, terus menangis dan bergaru sakan. sampai sekaranng pon ada lagi, belum reda sepenuhnya tapi tinggal sikit je la. bawah ketiak dengan dada. yang lain ok. cuti dari rabu, sampai khamis minggu depannya. haha.

overall,
Alhamdulillah aku dah selamat segala2nya. semoga Allah murahkan rezeki, bahagiakan aku dan husband sampai ke akhir hayat serta berkati hidup kitorang sampai mati. amin.....

No comments: