Hasil perbincangan aku dengan Jon masa sebelum bertunang dulu nak balik raya sebelah mana dulu telah mendapat kata sepakat iaitu beraya rumah Jon dulu tahun ini. aku ok je. haha. cakap bolehla, raya pertama nanti tak tau la macammana kan. ala, mungkin tak sempat tak ok sebab raya kedua terus ke rumah aku. memang sangat ok la tu.
so, malam ni gerak ke Bagan Serai. hopefully tak la jam kalau malam kan. sediakan tupperware ke, botol ke kalau2 jam teruk dan rnr penuh. kuang3.
tahun ni adalah raya paling sedih aku sebab duit dah dihabiskan untuk masuk rumah baru. sorry to adik2 dan sedara2 sebab memang tak bagi duit raya tahun ni. balik sini nak beli lagi barang2 sikit.
open house? mungkin buat kot. tapi tak la besar2. setakat kawan2 rapat je. menu diorang belum discuss lagi. nanti diorang bagitau aku masakje...
ok, jom kemas barang!~
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua penduduk bumi Allah ini.
tak lupa juga, SELAMAT HARI MERDEKA! jangan lupa kibarkan JALUR GEMILANG!!!~
Friday, August 26, 2011
Wednesday, August 17, 2011
Semakin Nakal
Masyaallah...
Memang budak 2 ekor tu makin nakal. sebab semakin besar. kadang2 geram jugak.
mana tak nya. pantang makanan habis kat dalam bekasnya, si Lulu tolak2 bekas, sondol2 sampai bekas tu tercabut pastu cari2 ada makanan lagi tak. tak kira la waktu bila. tengah malam ke tengah hari ke, tengah berbuka ke. kalau tengah malam, memang kena bangun isi makanan. kalau tak, sendiri tak boleh tidur. huh.
baru je minggu lepas pergi Petsmore. ada makanan rabbit BRITER BUNNY. kalau member dapat diskaun dari RM9.90 jadi RM8.90 dan dapat 100 Bonuslink points (oh, ni memang mengexcitedkan Jon). mula2 takut jugak nak beli sebab takut tak sesuai, kencing dan berak dia busuk. tanya kat salesperson tu, dia kata ramai customer cari lagi bila dah try skali. rabbit sangat sukakannya. so, aku dan husbund pon try la. beli 2 dulu. (dapat 200 bonuslink points macam tu je. kalau kat parkson, utk dapat 200 bonuslink points tu kena spend RM400, haha).
balik rumah, aku tryla campur makanan lama dengan makanan baru ni. tu yang aku baca kat google macammana nak tukar makanan lama dengan baru. mula2 kena campur dulu. lets see what happened?
merujuk pada gambar di atas, makanan lama dibuang ke luar. SEMUA. makanan baru menjadi kesukaan. hampeh. Bobo sedang mengunyah BRITER BUNNY dengan gembira sekali.
sangatla choosy. mengada yang teramatla sangat. kalau dulu aku belikan jugak makanan yang campur2, ada cereals, ada yang macam coco crundh tu, last2 dia pilih yang best2 pallets nya tak nak makan. tu sebab aku belikan yang pallets coklat tu. semua sama, so tak boleh pilih2. lepas tu baru tukar briter bunny ni. memang pallets coklat tu haus di aidilfitri la kan bak kata azwan ali. hemmm...
sebut pasal mengada. memang, memang sesangat mengada yang tak ada tolok bandingnya dua ekor ini. ada makanan kat dalam bekas tapi kalau aku balik je dari sekolah, melompat2 mereka mintak makanan. sedangkan ada je dalam bekas. belum sempat bukak tudung semua, buka pintu cage, suapla makan.
Ni la budak, paling nakal. paling manja. paling gediks.
Monday, August 8, 2011
U set the topic
THINGS TO DO:
mak oi, banyak nye ye. yang no 7 tu list tu patut delete untuk memastikan berat maintain dan muka kurus. haih. persoalannya. macammana berat boleh turun, badan tak naik tapi muka makin tembam. kang tak balance kang macammana? adoila.
waktu2 macamni la baru teringat mak kan. nak makan mak masak. nak makan nasik goreng mak waktu sahur. nak makan bubur kanji setiap kali buka posa. nak dera la mak (niat jahat semacam) masa mak nak datang rumah tu nanti. masuk sama2. dapur orang bagi hadiah tinggal beli gas je kan. yang lain lengkap. hehe. suruh mak masak semua. bukan tak nak masak, (chewah chewah) tapi teringin makan masakan mak. masakan aku, bila2 je boleh buat kan. bgtau je bila, hari apa, pukul berapa. boleh, memang boleh. kuangkuang. tp kena bgtau awalla kan. nak try an error dulu. kalo sedap boleh datang.
ok. jom tido siang. sementara belum ada waris. nanti kalau ada, selamat tinggal dunia bujang.
sekian.
- nak basuh rumah
- nak pergi letak garam dan bawang dulu (ni based on Jon baca dalam forum, katanya sebelum masuk rumah baru yang tak pernah didiami, kena bagi sign dekat masyarakat dalam rumah tu yang tak boleh dilihat yang dah ada orang nak masuk, so dorang kena cari rumah lain, macam tu la lebih kurang)
- pergi tukar nama air dan elektrik
- pindah barang sikit2. barang banyak gila kot. dengan hadiah2 dari rumah sini dengan hadiah kat kampung lagi.
- mintak tolong ayah pasangkan lampu. sementara dulu sebelum nak renovate ke apa.
- pasang grill
- ajak mak ayah n family datang baca Yassin, sambil mintak mak masakkan:
- mee rebus
- karipap
- bubur kanji *nak nak nak*
mak oi, banyak nye ye. yang no 7 tu list tu patut delete untuk memastikan berat maintain dan muka kurus. haih. persoalannya. macammana berat boleh turun, badan tak naik tapi muka makin tembam. kang tak balance kang macammana? adoila.
waktu2 macamni la baru teringat mak kan. nak makan mak masak. nak makan nasik goreng mak waktu sahur. nak makan bubur kanji setiap kali buka posa. nak dera la mak (niat jahat semacam) masa mak nak datang rumah tu nanti. masuk sama2. dapur orang bagi hadiah tinggal beli gas je kan. yang lain lengkap. hehe. suruh mak masak semua. bukan tak nak masak, (chewah chewah) tapi teringin makan masakan mak. masakan aku, bila2 je boleh buat kan. bgtau je bila, hari apa, pukul berapa. boleh, memang boleh. kuangkuang. tp kena bgtau awalla kan. nak try an error dulu. kalo sedap boleh datang.
ok. jom tido siang. sementara belum ada waris. nanti kalau ada, selamat tinggal dunia bujang.
sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)