Monday, August 8, 2011

U set the topic

THINGS TO DO:

  1.  nak basuh rumah
  2. nak pergi letak garam dan bawang dulu (ni based on Jon baca dalam forum, katanya sebelum masuk rumah baru yang tak pernah didiami, kena bagi sign dekat masyarakat dalam rumah tu yang tak boleh dilihat yang dah ada orang nak masuk, so dorang kena cari rumah lain, macam tu la lebih kurang)
  3. pergi tukar nama air dan elektrik
  4. pindah barang sikit2. barang banyak gila kot. dengan hadiah2 dari rumah sini dengan hadiah kat kampung lagi.
  5. mintak tolong ayah pasangkan lampu. sementara dulu sebelum nak renovate ke apa.
  6. pasang grill
  7. ajak mak ayah n family datang baca Yassin, sambil mintak mak masakkan:


  • mee rebus
  • karipap
  • bubur kanji *nak nak nak*


mak oi, banyak nye ye. yang no 7 tu list tu patut delete untuk memastikan berat maintain dan muka kurus. haih. persoalannya. macammana berat boleh turun, badan tak naik tapi muka makin tembam. kang tak balance kang macammana? adoila.

waktu2 macamni la baru teringat mak kan. nak makan mak masak. nak makan nasik goreng mak waktu sahur. nak makan bubur kanji setiap kali buka posa. nak dera la mak (niat jahat semacam) masa mak nak datang rumah tu nanti. masuk sama2. dapur orang bagi hadiah tinggal beli gas je kan. yang lain lengkap. hehe. suruh mak masak semua. bukan tak nak masak, (chewah chewah) tapi teringin makan masakan mak. masakan aku, bila2 je boleh buat kan. bgtau je bila, hari apa, pukul berapa. boleh, memang boleh. kuangkuang. tp kena bgtau awalla kan. nak try an error dulu. kalo sedap boleh datang.

ok. jom tido siang. sementara belum ada waris. nanti kalau ada, selamat tinggal dunia bujang.
sekian.

3 comments:

etty said...

nk bayangkan muka ko yg tak balance tu. eh ke muka kita berdua??? wakakakakaka..

jiwa sifar said...

dh beli rumah ke? bgs2.

Farfar said...

etty: aku je kot. sebab berat dh jadi 47kg tp muka still tembams dan siap ada double chin kadang2 kalau silap posing. erm.

soul: alhamdulillah dah settle.tinggal nak masuk dan bayar bulan2 je. haha. memang sangat memeritkan nak masuk rumah.