Sunday, September 25, 2011

Mistik lah pulak

Dah lama aku sakit gatal2 badan esp kat perut, leher dan ketiak. memang tak boleh pakai deodorant langsung sebab nanti lagi teruk jadi berair lagi pedih dan sakit. so aku pon pakai bedak AGNESIA ni.






bau memang tak wangila tapi tahan gila sampai malam. tak melekit. kalaupun aku rasa melekit aku apply bedak johnson memang stock banyak merata aku letak.

gatalnye toksah cakap la. memang menggaru keje aku. masa mengajar pon kadang2 dah tak tahan sangat aku garu jugak curi2. nasib students tak sedar.

aku dah pergi macam2 klinik dah. kat selayang berbuah2, kat bagan serai pon sama. kat sri damansara jugak. semua wajib cucuk pung***. tapi tak baik jugak. baik sekejap pastu datang balik. masa kenduri sebelah Jon dulu memang penuh satu badan. ingatkan campak. naik kat muka tapi tak la obvious lepas mekap. walaupun mekap kat JLO memang rate kampung2 je. cover jugakla kan. :)

ahad lepas aku call acik aku kat kajang. mula2 nak citer pasal apa entah. pastu cerita lak pasal benda2 ni. dia suruh try ustaz kat tempat dia tu. tu pagi tadi aku try tu. alang2 makcik aku nak buat open tak open sangat la housenye kan sambung malam dah janji nak pergi open house man kajang, katanya erra ngan rozita che wan kompem datang. tu sebab aku g hari ni ke sana.

sampaila giliran aku jumpa ustaz tu. aku tanye la nape aku gatal. dia kata aku terlangkah sesuatu kat kedai makan sebelum aku bersanding belah Jon. pergh. terlangkah je kot. bukan aku nak sangat langkah pun. masalahnya kalau nampak mestila tak langkah. ish. tu sebab dah lama menderita gatal2 tu. ustaz tu buat sekali la dengan Jon.

sebenarnya susah untuk aku percaya benda2 macam ni. tapi percaya atau tak, benda2 macam tu memang wujud. walaupun sekarang ni zaman moden. even, wanita urban gila cakap pung pang pun sebenarnya tak terlepas dari guna benda2 karut marut kacau orang. memang ada. semoga Allah lindung la kita dari syirik. amin. nak berubat pun aku ragu2 nak pilih tempat. takut kalau bomoh pelik pulak. darul syfa' susah jugak nak buat appointment je sebab ramai sangat. sama macam darul ruqaiyah. yang al ikhwan pulak dorang g kursus pulak. aku dah tak tahan. lama dah aku tunggu dorang habis kursus. so, alternatifnya ustaz tu la. tiu pun beratur panjang. yang penting dapat turn.

dia suruh mandi air yang dia bagi. aku buat spa dengan garam bukit nye. keputusan akhir belum lagi. takkan la on the spot hilang semua. takuuuut la macam tu. alhamdulillah kurang sikit la gatalnya. semoga Allah kabulkan doa aku.

last sekali macam penat. lepas tu man kajang bagi tau acik aku start pukul 9. pergh. memang tak tunggu la kan. lewat sesangat tu. tu pon belum tentu start pkl9 kan. kalo pkl8 tu boleh lagi la kan. melepas jumpa rozita che wan. hehehehehhe...

moralnya, kurangkan makan kat kedai makan. erk. entahla. hati2 kot...

2 comments:

encik azuwan said...

nsb terlangkah..kalo ko tersepak dan gol...nayeee..

Farfar said...

tu la. kalo tersepak dan gol ada 2 kemungkinan.
1. aku jd femes boleh masuk liga super (rujuk pic kecil kau)
2. k.o
hahahahah. erk, nauzubillah.