menu dah tentula menjadi masalah. memandangkan mereka cakap yang mereka akan kenyang pada hari mereka akan sampai ke rumah aku lalu mereka request untuk makan makanan ringan sahaja. ikut hati aku mau je aku hidang jajan tapi takkan lah pulak. ish. fikir punya lama teringat pulak masa kat UPSI dulu aku dengan Faisal dan Rul pernah hilang sekejap dari seminar apa ntah sebab ada benda yang lebih menarik kat belakang. MEEHOON SINGAPORE. apa lagi, tetamu dah settle takkan nak biar membazir. kami hadap la bersama tanpa pinggan. ye, ye, menu ringkas. meehoon singapore.
ahad pagi ke tesco rawang membeli barang. alang2 menyeluk pekasam biar sampai jadi pekasam (ni aku terbaca student aku tulis masa trial BM. rosak bahasa melayu. rasanya dia excited sangat nak menulis tak perasan kot, fikir lain tertulis lain) baik aku beli terus untuk seminggu punya stok kan.
sampai hari kejadian, just nice je lepas settle masak semua pon sampai. termasuk agar2 oreo pon dah memejal. seronok kot orang datang rumah kita. memang happy. walaupun rumah tak semenggah. kosong, sofa tak de, kipas pon kipas duduk je.
aku bersyukur sangat masa kahwin dulu dapat hadiah banyak belambak dari cikgu2 sekolah, kawan2, sedara2 sampaila ke tetamu2 yang hadir walaupun aku tak berapa kenal. TERIMA KASIH tak terhingga. sebab hadiah2 tersebut sangat2 membantu kalau masuk rumah baru.
daripada pinggan 1 set lengkap dari sekecik2 benda ke sebesar2 benda, dengan oven, microwave, iron, toaster, set gelas dan cawan teh, kipas angin duduk, kipas dinding, blender, water dispenser, bedsheet, rak pinggan, senduk sudip, set buffet punye tray, jam dinding, hiasan ayat Quran yang ada jam sekali dengan hiasan entrance rumah yang Bismillah tu, periuk besar, periuk nasik. lagi apa ye? banyak lagi tapi tak ingat pon. yang paling penting dan best, aku dapat dapur dengan set cutlery. memang lengkap. tak de la dapat washing machine ke TV. tapi tu pon dah cukup lebih dari hebat untuk aku. towel pon dapat 2. aku kan suka gila kumpul towel. hehe.
lagipon, sebelum kawin Jon memang suka mengumpul free gift. so aku tak de masalah untuk periuk sebab di samping hadiah orang bagi Jon masa kerja part time kat Giant dulu, kan ada sistem sticker tu. kalau kumpul penuh booklet tu dapat redeem periuk Bialetti tu. selalunya orang tak aware tentang kupon2 atau stiker2 ni. so, customer2 tu bagi la kat Jon sebab dorang malas nak kumpul. hasil daripada kebaikan hati customer dapatla 1 periuk besar, 1 periuk ada handle yang kecil, frying pan dengan friying pan yang besar dan dalam sikit tu. aku tak tau namanya. tupperware? tu pon sama. dia dok kumpul free gift kalau beli ubat gigi dapat. tak pon beli bliss hari tu, entah apa lagi. free je. cuma tak berapa cukup sebab banyak spices kalau dah kawin ni. dulu kan masak cincai asal campak, hayun dan makan. masa peti ais kongsi dengan kawan2 dulu main sumbat je kan. sekarang nak la teratur sikit. cantik sikit kalau semua dalam tupperware. nampak tersusun. lagi la kalau tupperware yang sama. pergh. impian. patutla kan, cikgu sekolah memang gila betul beli tupperware. ni tupperware yang memang brand tupperware. yang aku ni, tipuware. ada sikit je tupperware tu pon sebab hadiah hujung tahun kat sekolah daripada panitia ke, hi tea ke. rupanya best ada tupperware semua set...impian lagi.
memang wajib melalut dari tujuan sebenarnya.
lepas je mereka balik, jiran sebelah rumah pon sampai la ke rumah dia. salam2 dan berkenalan dia ajak naik rumah dia. pergh cun kot. tapi ye la. dia pon dah berumur. exec SME BANK lak tu kan. so harusla full renovation kan. bestnya macam tu...nak la. impian lagi.
ops sebelum terlupa. sebelum raya hari tu student aku ada bagi benda bernyawa yang best. aku bagi nama GUCCI. kawan gucci escaped la masa belum pindah sini. nasib gucci berjaya dijumpai. kalau tak rasanya dah jadi ketua gangster tikus selayang kot. tinggal la gucci keseekoran. nanti carikan kawan baru untuk gucci.
tp ni buka Gucci. haha. rupa je sama. tak sempat amek gambar si gucci lagi.
pic diambil dari: http://www.gotpetsonline.com
* HAPPY *
No comments:
Post a Comment