Monday, December 24, 2012

School 2012

Assalamulaiakum.

Sejak bila pulak rajin nak menghapdet? Haha. Time rasa sihat boleh la kot. Rasanya kalau dah start sekolah nanti tak taulah macam mana. Entah entah sama jugak macam tahun tahun lepas. Sampai bersawang. Jenuh nak polish balik otak untuk buat ayat.

So, sekolah 2012... Dah 4 tahun mengajar rasanya semua macam biasa. Pada mulanya rasa excited tak terhingga sebab ye la, dapat kelas baru 4B1 dan good bye habis kat kelas lama yang tak menahan dislinnya iaitu 5B2. Ingatkan dapat kelas baru ni, ada sinar harapan yang menenangkan dan boleh saling menyayangi. Tapi, sama macam keluar mulut beruang kutub masuk mulut godzilla. Dua bulan pertama ok lagi cuma dah memang always bear in mind, kelas B memang malas dan tak suka Maths so tak la nak expect tinggi sangat.

Makin lama attitude makin teruk. Tak boleh nak ditegur. Siap melawan dan tinggi suara sedangkan aku hanya mintak surat cuti sakit. Sekali depan muka dapat tengkingan hebat. Last last aku yang tension, aku yang hantar diri sendiri kepada kaunselor. Budak budak tu aku rasa kalau hantar pun tak guna dah. Sepanjang tahun aku kena macam tu. call maknye, tapi backup anak dia so apa lagi yang aku boleh buat? Cakap terima kasih je la. Haha. Balik, ngadu kat husband, dia kata dah sampai tahap buat isolation, tak payah dihiraukan dah. Buat stress kang aku gak yang sakit. Aku cuba buat tak tau dan aku sukakannya. Colleague aku cakap, anggap je diorang dah tak penting. Kita nak ajar tapi biar bodoh yang nak belajar, bukan bodoh yang kurang ajar. Kalau orang luar mesti marah dengan kata kata dan perbuatan tu tapi aku manusia dan ada perasaan. Bayangkanla kalau setiap hari dikuranghajarkan oleh students saai tahap aku dah sedikit pun tak rasa nak ambil berat. So, i'm sorry goodbye.

Alhamdulillahhirobbilalamin tahun 2013 aku dapat jadi guru kelas 5s1. Kelas add science. Mula mula kena carry jugak 5b1 tapi nasib kakak baik tu bagitau keadaan aku kat cikgu jadual waktu. Aku sangatlah berterima kasih kepada kedua duanya. Cikgu jadual tu terus bincang nak tukar mana dan siapa. Masa hari dapat jadual tu, aku gembira tak terhingga sebab dapat tukar kelas. Tapi sedih jugak, sebab kawan sendiri, Emily, kena take over kelas tu. tapi aku rasa ok sebab a hot english teacher, gerenti disukai ramai. Harap mereka akan berubah menjadi lebih baik.

Erk, tu baru pasal kelas. Nantila update lagi pasa 2012. Walaupun syok sendiri sorang sorang je baca. Haha. Saje buat rekod. Nanti makin bertambah umur nanti lupa pulak apa jadi masa awal awal ngajar.

K bye nak tengok MERLIN. Hehe.

Wassalam.

Saturday, December 22, 2012

Perlu ke update? ;)

Assalamualaikum...

Dah setahun rasanya tak update. Sebab utama adalah malas. Ke dua, tak ada masa (bajet busy sangat sedangkan tak).

Sekejap je rasanya happy bergolek2 di atas katil sambil mimpi indah2. Lagi seminggu lebih dah nak sekolah balik. Tu pun, alhamdulillah tak kenen jaga exam tahun ni. Ye la kan, takkan nama aku naik every year. Kesian pulak cikgu lain tak merasa jaga exam. Haha. Cuma minggu last sekolah hari tu je kene jaga peperiksaan STPM baharu. Tapi seminggu je. Yang tu tak termasuk dalam giliran jaga exam SPM dan STPM hujung tahun setiap tahun tu.

Cuti sekolah ni, aku tak ke mana-mana pun atas faktor kesihatan. Plan nak pergi Pahang la, Cameron la, semuanya aku batalkan. Balik kampung memang wajib. Sebab dapat makan apa je yang rasa teringin. Thanks mak dan ayah! Cuma hari tu je jalan2 penang ngan perlis. Lepas tu dah tak larat dah.

Semalam dah pun meeting kat sekolah. Tugas2 pun dah dapat. Syukur alhamdulillah aku tak dapat kelas 4B1 lagi. Kalau tak rasanya tak tau stress tu tahap mana. Macammana nak hadap muka diorang? Adake patut menulis perihal kemaluan aku kat meja lab sains? Sungguh tak beradab. Dan menurut laporan kaunselor, tulisan tersebut kepunyaan budak perempuan. Aku tak nak tanye siapa. Biarlah aku tak tau. Kalau aku tau, tengok muka dia pon aku tak nak, macammana aku nak ajar dia. Maths aku still ajar kelas tu, cuma aku tak jadi guru kelas je. Tak sanggup nak ambil berat orang2 macam tu dah. Tu sejarah 2012. Lupakan!

Macam biasa, ingatkan semula diri sendiri, tak payah fikir hal yang tak penting dan menyakitkan hati. Harap tahun depan ada sinar harapan baru dengan kelas yang baru. 5Sigma1. Dan buat yang mana mampu. Hehe.

K bai.
Wassalam.