Monday, December 24, 2012

School 2012

Assalamulaiakum.

Sejak bila pulak rajin nak menghapdet? Haha. Time rasa sihat boleh la kot. Rasanya kalau dah start sekolah nanti tak taulah macam mana. Entah entah sama jugak macam tahun tahun lepas. Sampai bersawang. Jenuh nak polish balik otak untuk buat ayat.

So, sekolah 2012... Dah 4 tahun mengajar rasanya semua macam biasa. Pada mulanya rasa excited tak terhingga sebab ye la, dapat kelas baru 4B1 dan good bye habis kat kelas lama yang tak menahan dislinnya iaitu 5B2. Ingatkan dapat kelas baru ni, ada sinar harapan yang menenangkan dan boleh saling menyayangi. Tapi, sama macam keluar mulut beruang kutub masuk mulut godzilla. Dua bulan pertama ok lagi cuma dah memang always bear in mind, kelas B memang malas dan tak suka Maths so tak la nak expect tinggi sangat.

Makin lama attitude makin teruk. Tak boleh nak ditegur. Siap melawan dan tinggi suara sedangkan aku hanya mintak surat cuti sakit. Sekali depan muka dapat tengkingan hebat. Last last aku yang tension, aku yang hantar diri sendiri kepada kaunselor. Budak budak tu aku rasa kalau hantar pun tak guna dah. Sepanjang tahun aku kena macam tu. call maknye, tapi backup anak dia so apa lagi yang aku boleh buat? Cakap terima kasih je la. Haha. Balik, ngadu kat husband, dia kata dah sampai tahap buat isolation, tak payah dihiraukan dah. Buat stress kang aku gak yang sakit. Aku cuba buat tak tau dan aku sukakannya. Colleague aku cakap, anggap je diorang dah tak penting. Kita nak ajar tapi biar bodoh yang nak belajar, bukan bodoh yang kurang ajar. Kalau orang luar mesti marah dengan kata kata dan perbuatan tu tapi aku manusia dan ada perasaan. Bayangkanla kalau setiap hari dikuranghajarkan oleh students saai tahap aku dah sedikit pun tak rasa nak ambil berat. So, i'm sorry goodbye.

Alhamdulillahhirobbilalamin tahun 2013 aku dapat jadi guru kelas 5s1. Kelas add science. Mula mula kena carry jugak 5b1 tapi nasib kakak baik tu bagitau keadaan aku kat cikgu jadual waktu. Aku sangatlah berterima kasih kepada kedua duanya. Cikgu jadual tu terus bincang nak tukar mana dan siapa. Masa hari dapat jadual tu, aku gembira tak terhingga sebab dapat tukar kelas. Tapi sedih jugak, sebab kawan sendiri, Emily, kena take over kelas tu. tapi aku rasa ok sebab a hot english teacher, gerenti disukai ramai. Harap mereka akan berubah menjadi lebih baik.

Erk, tu baru pasal kelas. Nantila update lagi pasa 2012. Walaupun syok sendiri sorang sorang je baca. Haha. Saje buat rekod. Nanti makin bertambah umur nanti lupa pulak apa jadi masa awal awal ngajar.

K bye nak tengok MERLIN. Hehe.

Wassalam.

No comments: