Saturday, November 6, 2010

Can I Keep This One, Mummy???





Masa tengah fotoshoot, mereka ni datang nak tanye mana BUtterfly Park. at first ayah dia tengok2 aku tukar2 tudung. of course la jon yang settle semua sebab aku langsung tak tau kat mana. anak dia datang tengok2 dekat aku. tengok2. pelik kot ada banyak tudung. haha.
aku tanye nak try tak. mula2 taknak. bila aku angkat tudung pink tu, mak dia pon cakap try la sebab cantik. bila dia pakai, sila rujuk gambar di atas, comel sangat. siap tanye 'can i keep this one, mommy?' aku macam tak sempat respond mak dia kata tak boleh. haha. tak tergerak pulak hati nak bagi free. pastu bila dah jauh macam menyesal pulak tak bagi.

hmmmm....ok, next time aku janji terus jawab 'oh sure u can darling!'....

Thursday, October 7, 2010

Alhamdulillah, Syukur!

Memang sangat syukur.
  1. Za eyeliner. Cikgu sekolah 1 bagi. dia kata sebab dia suka membeli tapi kejap je suka memakai. lastnye malas. bila dah malas, bagi aku. aku menerima dengan sangat seronok hati. haha.
  2. Kasut flat LARRIE 2 pasanga. buat pergi sekolah. aku penah cerita dalam blog 1 lagi kot. entah. lupa. lama sangat tak update. huhu.
  3. Avon mascara. ni akak kaunselor kasi lak. dia beli lipstick, dapat free mascara. dia tak pakai mascara. dia tau aku suka gedik2 mekap so dia bagi aku. tak bukak plastik lagi. 
  4. CLINIQUE free treat. yang ni semua member CLINIQUE pon dapat. mascara dengan moisture surge dia. tak pe, asalkan free. hihi
  5. Revlon Photo Ready liquid foundation. ni yang latest gila from Revlon. aku teringin nak bila tengok magz. tapi aku dah ada foundation CLINIQUE dan BB Cream BIO ESSENCE. tapi, dah akak cikgu sekolah 1 (akak yang sama bagi aku za eyeliner) bagi, aku dengan excited tanpa henti, menerima dengan tangan terbuka. free beb...
  6. paling best among the best. tadi aku g low yat, pastu nak g withdraw duit. depan aku ada abang tengah withdraw kan. tiba2 dia panggil aku, mintak tolong. dia pnye had limit RM5k je. so tak boleh withdraw dah. sebab dia dah guna debit untuk beli 2 laptop. pastu dia mintak tolong aku, transfer ke akaun aku, dan aku withdraw bagi kat dia. aku pon buat je la kan. tanpa ragu2. entah, terasa macam ok. aku amek 100, selebihnya aku bagi dia. aku suruh dia kira cukup ke tak sementara tunggu receipt keluar. pastu, dia bagi kat jon rm20. sebagai tanda penghargaan. jon cakap tak payah. dia jalan terus laju. aku panggil dia, dia cakap, tak pe, duit raya. ha, best ke tak? stranger bagi duit. yela, walaupon rm20, setengah orang cakap apa la sangat kan. tapi, bagi aku, sangat berharga. dan tak sangka.




alhamdulillah. orang cakap, mana ada rezeki datang bergolek. aku experience rezeki datang bergolek maksudnya memang ada. tak kira dalam bentuk apa kan. semua dari Allah. 

Thanks very much kepada semua yang sangat generous. semoga anda dilimpahi rezeki dan dirahmati sentiasa. :)

nanti aku buat review untuk:
  • revlon photo ready tu
  • MAC (compact powder)
  • dan lain2 (sebab lupa. tu pon kalau sempat)

Sunday, August 29, 2010

Mak Andam Tak Bertauliah


Sangat lama since perkara ni berlaku.Sehari sebelum Ramadhan hari tu. 
Isnin aku tak pergi sekolah sebab ada meeting Bomba kat Rawang.
Selasa pulak, aku di invite oleh cikgu sekolah, ketua bidang yang bertanggungjawab mengelolakan AJK sambutan yang terdiri daripada pelajar2 F4 sekolah untuk majlis sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk cikgu2 yang cemerlang pastinya.
Aku ditugaskan sebagai jurusolek untuk menyolek budak2 tu sebagai AJK sambutan.
Seawal 4.45 pagi aku bangun sebab kena solek budak2 ni. majlis bermula pukul8. nak pergi ke tempat kejadian pukul7 pagi. mana tak kena bangun awal. dah la tak profesional macam MakeUp Artist kan. dua tak sempat, aku solek dalam van je. on the way ke tempat kejadian. ntahpape je.

so, inilah hasil2nya....
S

Mak andamnye tak sempat nak mekap langsung     

Sunday, August 1, 2010

Keputusan Percubaan

Entry sebelum ni ada aku mention yang aku try CLINIQUE 123 tu. 1st 3 days aku guna ok. mmg macam best. kulit pon lembut je rasanya kan. lepas 3 days tu, ada naik macam rashes sikit kat tepi hidung bawah sikit dari mata. ingatkan tak de pape, so, aku teruskan penggunaan. makin lama makin banyak pulak. so aku stopped. aku call asmida. dia cakap Etty dah bagitau dia jangan beli. dan asmid lupa nak bagitau aku. haha. pastu etty left comment dia. cakap dia pakai muka jadi teruk. ok, tak pe. boleh return balik. aku pegi return hari tu, ingat nak refund kan, boleh dapat duit beli benda lain pulak. tapi proses refund macam susah. so, the SA tu offer aku benda2 yang sama harga. dalam hati aku nak foundation sebab foundation dia best. masa aku pakai dulu yang botol dia macam segienpat tu. tapi bila kulit aku ada rashes, dia offer aku yang water base punye.

ok, tak pe. at least aku try. haha. tu la, gatal ngada nak try2 kan. cubala stick to 1 product. sekarang aku pakai dulu SKII pnye facial wash dengan toner dengan whitening sourrce brightener sebagai moisturiser nye sekali. guna balik facial wash tu sebab dulu salah cara guna tu yang menyebabkan kulit kering. kena leather kan dulu kat tangan baru cuci muka. tu yang diajar oleh SA CLINIQUE masa aku beli trial set tu. cara betul pon, tapi kalau tak sesuai dengan Asian skin tak guna jugak kan. mungkin kulit aku tak sesuai. cina ramai je beli, cantik je aku tengok dorang pakai. hehe.
SKII pnye SA pon cakap benda sama, leather kan dulu kat tangan, pastu buat circular motion kat muka 5second je, jangan lebih. kalau lebih it will dry out your skin. bahaya nanti kedut dan kuar flakes2 putih macam panau.

so, untuk asian skin, better manufacturer dia asian jugak. go for korean or japan products.
facial wash yang paling best bagi aku adalah.....bunyi drum....THE FACE SHOP! yang aku pernah buat review kat private blog aku. tu memang terbaik la.
pic taken from here

kalau nak guna THE SKIN FOOD, sila guna macam dalam gambar di atas. aloevera product range. best sebab soft dan bau pon sedap. lepas pakai, muka rasa macam bersih sangat. dan yang penting, lembut. aku try sebab dapat trial pack dia masa tengoh frust return CLINIQUE balik. haha. jalan kat skin food, tengok2, tanye2, macam tak yakin dia bagi dulu trial pack suruh try. bagus untuk combination skin. aloe vera kan bagus untuk skin healing. made in korea. made from natural ingredients. dan slowly rashes aku macam tamed down.

ape2 pon, better get to know your skin condition first before try anything u want to try. i recommend japan and Korean products sebab understand our skin better than product lain. kalau nak pakai syurah ke, safi pon boleh sebab aku tengok housemates aku pakai cantik je muka dorang, licin je, putih je.

sebenarnya tak kisah pon kan ape2 pon, asal sesuai dengan kulit, thats it. yang susah tu kalau asal try je tak sesuai. dah sesuai gatal nak tukar. haha. bila dah dapat yang sesuai, stick to it.

bila SKII tu dah habis, nak pilih mana eh, SKIN FOOD ke THE FACE SHOP? nak teruskan SKII, macam high maintenance sesangat nak pakai 1 set kan. essence je cukuple kot. tu fikir balik nanti. habiskan dulu, jangan membazir. haha.

chup!!!: credits to Etty and Asmida.

Friday, July 23, 2010

Try

Minggu lepas pergi Midvalley, dengan harapan nak mencari kasut. tapi tak ada yang berkenan. kalau kasut nak jalan saje2 memangla banyak yang memanggil2 dan memecahbelahkan otak aku untuk buat keputusan. tapi kasut untuk tujuan yang satu ini macam susah sangatla pulak.

oh, lupakan pasal itu. 

1)

dah tak dapat kasut, perasaan ingin membeli barangan tetap membuak2. facial wash dah habis. jadi, nak beli la dekat THE FACE SHOP (TFS). tapi gatal singgah parkson dulu kan. lalu dekat CLINIQUE. pastu gedik nak try jugak...perangai. sedangkan TFS tu dah best sangat dah. CLINIQUE kenala beli 1 set kan. kalo tak, macam tak best pulak. aku just try yang trial set ke starter pack aku pon tak ingat ni dulu. 

RM105

so, apa perasaan? best. for the first time aku guna rasa rindu kat TFS pnye facial wash sebab facial wash CLINIQUE ni sanngatlah tak berbau. erm, honestly, bau tak best sangat tak dapat nak gambarkan. tapi bila apply kat muka ada rasa nyaman sebab ada mint sket dalam ingredients. rasa kalau pagi2 tu mmg untuk wake the skin up (dan sekali gus aku). beberapa kali pakai dah tak rindu dah kat TFS sebab dah biasa dengan baunya. toner? disebabkan aku choose set for combination skin which is number 3, so toner dia yang kaler pink tu yang alcohol pnye. kalau number 2, kata promoter tu tak de alcohol. tapi overall best la. skin feels so soft. betul. tak tipu dan senang sungguh nak apply mekap. menyesal tak pakai dari dulu macam orang lain.

2)

tadi, jalan2 lagi melepaskan stress. motif utama: membeli barang2 adik untuk dinner dia yang berkonsepkan fantasy. tujuan ke 2: cari kasut lah, apa lagi. tapi, tetap jugak nak singgah parkson saje gatal gelenyar. jalan kat kaunter biotherm, nak lengkapkan set yang tak lengkap. moisturizer dengan toner tak de lagi. so, amek je la kan. siap promoter tu bagi lagi sample toner dengan serum. for men ye. tengs2...
aku dah lama mencari eye cream yang best. aku search kat google, mana best. kebanyakannya akan keluar ROC. aku dah tengok ROC kat watsons tapi 1 pun macam tak suit my needs. CLINIQUE kebanyakan review cakap eye cream dia tak work. aku bercadang lama dah nak beli BIOXIL. tapi entah kenapa setiap kali melintas booth dia kat OU tu aku macam malas nak stop. KEIHL, lagi la aku rasa macam ragu2 nak try. entah tak tau apehal. 

aku stop kat kaunter CLARINS. tanye tentang eye cream dia, promoter explained semua aku macam attracted. terus beli tak banyak soal. CLARINS was 3rd in my list sebenarnya. 

RM149

belum pon pakai. nanti aku buat review. sebenarnya tidur yang cukup merupakan rawatan terbaik untuk mata. aku beli sekadar nak membantu mata ku sayang. haha. membantu ke? tak tau lagi. 
bulan depan buat review untuk eye cream ni.

ok, bye.




Friday, July 16, 2010

Review lagi

Dah lama nak buat. asyik lupa je.
1stly, STAGE wondergloss lipgloss.

RM56 ke RM58 (tak ingat tapi around tu la)

rasanya macam biasa je. cuma aku boleh pakai lipgloss ni sebab bila apply dia tak panas. tak semua lipgloss aku boleh pakai sebab bila apply akan rasa panas kat bibir. sama macam lipgloss lain, kena apply lagi dan lagi bila dah hilang. cuma colour dia cantik bila kat bibir. berbaloila dengan harganya kan...

2nd, PIXY two way cake.
kalau korang pernah tengok sinetron indonesia, masa dah habis cerita ada banyak2 tulisan naik turun tu, kalau perasan ada logo PIXY ni yang menaja kosmetik mereka. aku kenal dengan benda ni masa nak buat fashion show masa hari guru hari tu. aku punya bedak dah habis, ada clinique yang sample tu je. haha. aku tanye ain, ada bedak tak? dia keluarkan bedak ni. mula2 aku pelik bedak apa ni kan. pastu aku pakai, best gila sebab memang melekat dan macam licin muka. haha. tu yang penting. texture dia memang halus. best.
aku tanye la ain, mana dia dapat bedak ni. dia cakap banyak kat kedai macam jual jamu tu. erm, macam takut. tapi rasa sangat nak try.
 pic taken from here

Orang cakap, sememangnya sama sebijik sejibun dengan bedak COSWAY. tengok balik pon memang sama. mekap artis memang ramai guna. bedak PIXY ni pon, kalau guna span yang basah, memang kulit nampak licin habis macam artis. hehe.

harga murah gila. lebih murah berbanding COSWAY. RM10 je refill nye. kalau dengan bekas dia RM15 kot masa kat Mydin USJ tu. aku beli 3 time tu. dengan bekas sekali aku bagi mak. 1 aku tersalah beli kaler dia macam gelap sangat. aku beli yang cerah sket. tu dah nak tinggal sket dah tu. haha. ada SPF15 lagi.
masa jalan2 kat watson OU hari tu aku ada terperasan bedak ni. 1 compact powder rm12.90 je rasanya siap dapat refill free. jadi, aku lega betullah kan. bila masuk kat watson, means that ingredients dia selamat lah kan.
lepas ni dah beli lagi. (saje tak nak beli kat watson tu sebab nanti nak ajak Jon pegi kat Mydin USJ yang best tu) haha.

ok, itu saja.

Wednesday, May 19, 2010

Compact Powder and BB Cream

Atas permintaan Etty, benda2 umum harus dikongsi dengan umum. hehe.
Dari hari tu aku tak habis2 cari bedak. mesti ada je aku tak berkenan. dulu Ellizabeth Arden tu aku suka tapi sama tindakan dengan losse powder kan walaupon two way cake tapi tetap jugak aku tak puas hati. hanya kawan2 je tau aku mekap camne kan. haha.
last2 aku jual kat adik aku.
dapat sample Beauty de Kose. ok jugak tapi shade tak sesuai. mgkn next time boleh beli.

pastu aku jalan2 singgah SaSa, beli bedak baru. i read about it in magazine. recommended jugak la kan. so, aku rasa macam nak try.
ini dia dodo, product of Japan, made in Korea
ni compact powder, bukan 2 way cake

muka depan. haha

comel sponge dia. 
bukan full sponge, kat word dodo tu macam leather like lining.
bawah baru sponge.

layer bawah baru powder. ini shade aku. 02.

overall, ok la. best untuk touch up masa gedik2 keluar jalan2. tapi sebagai primer step rasanya better pakai two way cake. aku saje beli sebab konon nak touch up2 kan sedangkan bukan sempat pon. so pakai g sekolah. tapi kalau pakai sebagai primary step powder ni just give me medium coverage. masih nampak lagi pimple scars or even pimple tu sendiri. hehe.
murah je. sama ada two way cake atau compact powder sama je RM55.

BB Cream pulak

Apa tu BB cream? BB cream adalah satu cream yang banyak function walaupon hanya dalam 1 botol. yang ni BB cream yang aku guna. from THE SKIN SHOP. aku beli kat bbcmi.com RM78.

pic taken from here


mmg bagus untuk si pemalas sebab aku skip banyak step harian dengan menggunakan BB cream ni. tak payah pakai moisturiser, tak payah apply foundation, tak payah pakai sun block bagai. semua dah  formulated in 1 bottle.
antara benefit BB cream ialah (depend on BB cream tersebut, ni yang aku pakai seperti di atas):

MULTI ONE STOP BB cream has addition main functions of cosmetic base and liquid foundation, skin healing and moisturising also has brightening, anti wrinkle and UV protecting functions
- acts as cosmetic base and liquid foundation
- perfect camouflage for under eye circles, acne scars and dark marks
- gives natural makeup look
- moisturizes and softens skin
- controls oil balance of skin
- brightens skin
- improves wrinkles
- protects from damage of UV rays (SPF 37 PA++)
- encourages regeneration of skin to create and maintain youthful skin

ha, banyak tak? boleh jimat ye di situ. kalau beli asing2 dah berapa?
contoh aku amek yang murah2 pnye price:
foundation RM35
concealer RM28
moisturiser RM18
sun block RM35

kira sendiri. belom lagi essence2 untuk wrinkle dengan brightening effect. kan? kan? 
ok, berbalik pada BB cream. BB cream ada 1 shade sahaja. tapi it will magically blend ikut your skin colour. kena tunggu dalam kiraan 5 slow2 kira. jangan laju2 nanti kata aku tipu. pastu baru apply two way cake powder untuk full coverage untuk nampak macam artis atau loose powder/compact powder untuk medium coverage, nampak natural. natural look kan trend untuk spring and summer. hehe.
kalau tak nak nampak putih sangat, pakai cukup2 makan je. jangan over picit sampai boleh ganti water colour pulak. tak perlu. nak baca lebih lanjut, kat SINI.
ETTY, KO SESUAI PAKAI YANG AKU PAKAI NI.

ni pulak BB cream dari BIO ESSENCE. aku dapat sample beli female. dan aku dah pon try.
shade dia a bit darker than yang aku beli. texture dia lebih cair sket. tapi best jugak. kalau kulit macam gelap sket sesuai guna BB cream ni. sama jugak kene tunggu dalam kiraan 5 slow nanti dia akan magically blend dan match dengan skintone kita. best.
benefit:
Bio-essence Bio Multi-Effect BB Cream SPF25/PA++
• Smooth velvety texture to provide a natural & flawless finishing
• Refines pores & whitens skin
• Provides long lasting hydration to prevent skin dryness & regulates oil secretion
• Nourishes skin with essential nutrients & mineral elements to revitalize skin
• Improves skin texture for smoother, softer, refined & fairer skin
• Protects skin from harmful UV rays
(lebih kurang macam aku pnye tapi ni SPF25 aku pnnye SPF37)

aku recommend dua2. hehe. pilihla mana satu ikut skin tone masing.

Sunday, March 21, 2010

SMS ON CINTA

An awesome performance but the luck wasnt on their side.

so, this is the video...



to read more about this story and gossips click here (yang ada access sahaja)

dan juga encik Jon

Monday, February 22, 2010

Sibuk Dan Menyibuk

Hutang gambar sangat banyak.
macam2 occasions masa CNY hari tu dengan family. tapi tak sempat lagi nak update.
busy dengan perkara yang sengaja membuatkan diri busy. tapi rasa macam agak pack masa sekarang.
i'll update all the pics and the stories later walaupon dah basi. hehe.
update kat sini senang boleh buat bekap kalau anything happen kat my lappy ni. sebab nak burn kat cd pun macam tak de masa (buat belog ada masa pula ye)

tak de2 masa pun saya dah update gossip kat SINI. (untuk yang ada access sahaja) hehe.

ops lagi satu. saya dan encik jon ada buat belog baru jual benda baru. bila dah upload semua nanti baru saya warwarkan. hehe. 

Thursday, February 18, 2010

Malas Nak Balik KL

Haha, KL la sangat kan. perasan sungguh.
rasanya balik kali ni tak dok rumah sangat.
balik sabtu. ahad je dok rumah. tu pon ajak angah g opis dia nak tengok emel.
isnin beli barang adik ngan abang nak balik sekolah n adik nak tranfer ke MRSM Taiping. gatal elok2 kat MRSM pasir salak senang maka yah jenguk sibuk nak bitara, bitara. kan sekarang dah jaoh.
selasa, g cc. beramai2. saje nak cek emel jugak kalau orang order bag.
rabu hantar adik dengan abang.
khamis, hari ni la. cari barang mak ngan ayah nak buat promosi pekasan sok.
memang tak dok rumah la.
sok nak balik kl.
sabtu nak g rumah kawan kenduri.
sangat penat. tapi tak pe, balik memang cukup rehat walaupon cukup penat. sebab kat rumah best.
dah start kurang best sebab kene balik kl dah sok.

updates lagi best kat faramajujaya. tapi tunggu ada masa. hehe

Sunday, February 14, 2010

MIstik: Benda itu Wujud Okay!

Semua orang pun tau, benda ghaib itu wujud dan kita kene percaya pada benda ghaib kan. sebelum ni, memang susah nak percaya hantu2 ke, syitan jelmaan ke hape walaupun dari kecik selalu nampak dan benda2 tu tak segan pun menunjukkan diri mereka di depan mata aku. yang takut? aku jugak la kan.
malam tadi memang sekali lagi membuatkan keyakinan dan keberanian yang selama ni aku buat2 ada 80% dalam diri berkurang serta merta sebab tengok mak sendiri berubat. oh, sesuatu yang mengerikan bulan ini.

untuk bacaan lanjut, klik SINI (untuk yang ada access saja)
*janji, memang tak de gambar hantu macam post lepas. haha*

*haha, komfem orang lain boring. apa nak buat, ni blog angkat. blog yang boleh update feeds dia. sebenarnye khas untuk kawan2. susah nak tau update blog lama kan?

bye. doakan aku rajin post kat sini. haha

Wednesday, February 10, 2010

Tak Faham...

Kadang2 tak semua dalam hidup ni berjalan lancar. bila semua pun pada awalnya berjalan lancar mesti ada obstacle yang cuba interrupt supaya kelancaran sesuatu tu interrupted. entah ayat ape aku buat ni. i'm bothered by something that really bothers me this whole day. the same questions that i should answer eventhough the answers are just simple and only need less than 3 seconds to think about but i dont have any other option except try to answer them. today is not a really good day... at all.

untuk bacaan lanjut sila ke SINI. (khas untuk yang ada access sahaja haha)

Monday, February 8, 2010

Sports Day

8 February 2010

Penat gile ok. Semalam Hari Sukan sekolah yang ke 15. tahun ni tak la terlalu memenatkan sepanjang bulan January macam tahun lepas sebab tahun ni aku tak lagi jadi penolong rumah sukan. 
cuma tahun ni aku jadi Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba. 

Rumah paling gah tahun ni, Rumah Lekir.

ape2 pun makan dulu. tak nak menyusahkan PBSM. hehe

jumpa balik dengan F5 tahun lepas


panas2 pun semangat mereka buat latihan. 


perbarisan masuk


formasi


1 minit sebelum acara larian guru, 8x50meter. haha. kecoh, 50 meter je pun


gang Jebat


Lekir Juara!!!


Bomba Juara!!!


sekali lagi, Bomba Juara!!!


sport shoes. pinky ok


Grand tak Lekir semua pun nak sponsor...
 mari kita tengok dari kiri, topi, beg, kipas, towel, raisin, perfume, muffin, cawan kecik.
yang gold medal dengan jam tu adalah hadiah sebab juara larian guru. diulangi JUARA.
sunglass tu beli semata2 nak gelemer di hari sukan. haha.

ok.

Saturday, February 6, 2010

Band Seterusnya ialah Band Seterusnya

Last night. accompanied encik jon to his battle of the band (he told me 23 times that he wanted to quit from performing live band but naaaa i dont believe it at all and last nite proved everything). sori encik jon. haha.

it was fun overall. macam kat gelanggang raja lawak pon ada. band ape ntah tu, main ntah pape pastu lepas perform bagi kata2 harapan kat bandmates 'bagus la showmanship kau'. lawak ok. macam perli kawan sendiri.

and the best part just before encik jon hantar balik selayang (sebab esok sekolah) was the Paramore show. hahaha. paramore konon. with all the studs covered their bodies from top to toe, with the black boots, with the rockstar style of dressing, i was just wow who's that when a group of female walked towards us just before i went to bilik Leo masa nak maghrib. suddenly i noticed one girl with a leather jacket, red top and legging with the studded shoes, it was jon's bassist masa feseni last year. with her lim kok wing friends/band called CHERRY BOMB. hahaha. dengan suara macam nak pecah telinga, main tak tau hujung pangkal ok ok, enough said (sebab belog ni bukan belog mengutuk, suci).
encik jon's band dapat 3rd place. congrats. tapi ingat anda bukan berada di zon selesa. sebaliknye kena work harder and give full commitment kalau nak menang dengan penuh kualiti.

my best drummer ever

kalau minat dah tentulah bergambar kenangan bersama (konon rockstar haha)

due to the slow gile vavi internet connection, these two pics took about half an hour to be uploaded and before i loose my patient and shut down my laptop just like that, i better stop uploading other pics.

ok.

Thursday, February 4, 2010

A Simple Hello

Hello

Ini adalah tempat menaip yang baru yang umum, sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

blog lama still on untuk menempatkan isu2 hangat membara2.

sekian.