Saturday, July 23, 2011

Because I'm Doing Nothing Right Now

Tentang sekolah.
sangatlah macam biasa and nothing interesting to be shared except- i change a lot this year.
change yang macammana tu ye?
selama ni kan aku macam asyik kena buli. bila ada satu kerja tu, kita buat sama2, bila dia buat salah, dia pergi cakap kat semua orang yang ku sengaja memandai2 buat tanpa arahan. of coz la because of this one thing yang dah 3 tahun belum settle2. batik. ada ke selama ni aku punya la buat beria2, tahan telinga dan mental kutip duit bagai, bila konflik berlaku, aku yang dipersalahkan sedangkan kerja aku hanyalah mengutip duit. that's it. so, aku nekad nak berubah this year. no more kena buli macam orang bodoh. macam budak yang takut sangat ada rekod buruk masuk dalam buku perkhidmatan.
aku memilih untuk anggap yang kerja aku dah selesai. selebihnya pihak itu yang bertanggungjawab. apa yang anda buat selama 3 tahun ye? ok. masa ada satu hari tu, aku tengah makan kat kantin dengan kawan2, dia datang kat aku:

dia: fara, awak kutip duit sebab kita kena bayar kat supplier tu lg rm....
aku: nak kutip kat sape. tinggal 6 orang je yang kena bayar lagi half.
dia: paksa orang yang tak beli tu beli. sebab hari tu memang dah tempah untuk semua orang.
aku: eh, nape pulak nak paksa orang beli design 3 tahun lepas.
dia: pengetua suruh (macam biasa dia mmg suka guna nama pengetua ntah dengan izin atau tanpa izin)
aku: ish, saya dah tak nak fikir hal ni. saya ada lagi banyak keje hakiki saya kena buat. lagi penting untuk markah spm budak.
dia: habis tu sape nak kuti?
aku: AKAK LA, SAPE LAGI.

amekawww... memang aku dah lama teringin nak cakap macam tu. teringin sangat. terbeliak mata kedua2 kawan aku tu sebab akak tu kan one of yang paling otai kat sekolah tu. ah, pedulikan la. aku puas.
selama ni aku buat baik2, tapi dia pergi cakap kat semua orang aku ni tak mengikut arahan. memandai2. habis, kalo bukan arahan dia, sape lagi yang suruh aku buat keje? biar. dah 3 tahun lepas. hal ni pon tak listed dalam SKT tahun ni. tak de markah untuk aku. impression? siapa hairan dengan impression lagi?

tahun ni aku sangat sibuk dengan hal perkahwinan. ingatkan lepas selesai sebelah Jon semua akan smooth lebih baik dari sebelumnya. tapi, selagi belum duduk sama, ekonomi pon takkan stabil. haha. dia dok wasting minyak la, time la untuk hantar amek aku pergi dating. makan pun kat luar sebab nak masak dekat mana. haha. sabar itu dapat pahala. sekurang-kurangnya dapat neutralkan dosa aku marah akak tu hari tu. hehe. erm, sejak tu, dia langsung tak tegur aku. konfem2 la kan dia ngadu kat pengetua. hal kalau sampai kat pengetua tu mestila kene peduli kan, tapi aku ada reason-AKU ADALAH MANUSIA. even binatang pon ada perasaan walaupun tak de akal. aku ada kedua2nya. aku emo untuk itu.

sekarang ni, aku rasa tenang walaupun setiap pagi berat nak bangun pergi sekolah. sebabnya, kebanyakan kerja aku bukan lagi kerja merepek tapi seronok sebab aku 75% nya adalah untuk mengajar. dan aku perlu study sebelum aku masuk mengajar sebab aku kena ajar FIZIK F5. ingat senang nak ajar topik yang paling kau benci sepanjang kau belajar dulu? hmmmmm, susah ok untuk suka ELECTRIC, ELECTROMAGNETISM dan  ELECTRONICS!~
tapi, aku memang berusaha keras la berbincang dengan cikgu2 fizik lain untuk memantapkan content. tak kisahla budak yang tak berapa nak hebat tu (aku ajar kelas sains yang ke 2 dan jurang perbezaan dengan kelas yang pertama sangatlah jaun macam dari selayang ke sabak bernam) mengadu kat kaunselor yang aku ajar tak faham. kau tak faham ke kau tak pernah faham fizik? hahahahhaa...tak baik tau. tak kisah la. tak kisah jugak walaupun kat dalam kelas aku kene gelak sebab tersasul fakta. tak kisah, tak kisah. sebab aku tau sebenarnya aku tau dan aku telahpun berjaya habis belajar dan sekarabg mengajar. mereka yang gelak sakan dan mengejek aku tu belum pun trial SPM dan belum pun tau macammana nasib mereka nanti. berjaya atau tidak? tapi apepaun mereka berjaya menggelakkan aku. terima kasih untuk itu.

sekali dapat menaip, rasa macam nak cerita semua. tapi, boring lahkan sebab words je yang ada tapi tidak disertakan dengan gambar. aku pon boring.

oh ye, oh ye.
aku sekarang happy membela arnab. 2 ekor. sekor jantan bernama BOBO dan sekor betina bernama LULU.  dua2 tu Jon yang bagi nama. haha. aku sukakannya. jaga arnab tak susah langsung sebab dorang duduk dalam sangkar. manja? tak la semanja kucing. kucing memang super manja. arnab ni takkan heran kalau orang lain acan2,  nak attract2 dorang. dorang hanya heran kalau tuan dia yang datang sahaja. kalau dorang lain dorang buat tak tau je...

aku selalu kalau balik dari sekolah, dorang berdiri2 cakar2 cage. panjat2 nak suruh aku bukak cage. aku letak makanan tapi tak nak makan kat dalam bekas makanan sebab nak jugak aku suap walaupun makanan yang sama aku letak kat dalam tempat makanan. dorang ni memang tak berhenti makan. tu sebab dorang perlu benda yang tak de vitamin, plain semata2 untuk mengunyah, kalau dorang tak mengunyah nanti gigi dorang jongang sebab gigi dorang memang sentiasa bertumbuh dan cuba untuk memanjang. kalau dorang tak sentiasa mengunyah bimbang gigi dorang jongang, susah dorang nak makan, lama2 mati. oh, tak nak dorang mati.

taik arnab tak busuk macam taik kucing. kencing dorang pon sama. kalau tak bagi dorang supplement dalam minuman dorang, tu ye, kencing dorang busuk.bg supplement tu ok. aku siap bela dalam bilik lagi. 

dorang dari type LIONHEAD. memang seronok dan tak sunyi. kan husband tak duduk sekali. tu la Jon bagi aku hadiah kawen. beberapa hari lepas kawen dia belikan aku. jon pon suka sangat haiwan. nanti aku nak request kucing, ikan dan kalau la boleh nak bela chinchilla, ferrets, meerkat, panda, koala, kanggaru, tapir dan semua la mamalia. erm, babi tak nak la kot. anjing pon kalau boleh nak tapi haram so tak listed di sini. kalau la boleh. tapi mana boleh.

Inilah LULU

Ini BOBO
cute kan? cute sangat dan aku rasa dorang mating sekarang ni. adakah aku akan mendapat cucu? ok je, nama pon dah ada untuk future bunnies...

3 comments:

Anonymous said...

hahahahha...aku tak setuju nama bobo. tukar pehlis...

etty superb cantekkkkk!!

jiwa sifar said...

cikgu2 belagak otai mmg cilake.same kt sekolah bini aku.ade tu dpt APC tp dtg sekolah pn lmbt.APC her head.

dgn pengetua gatal mintak jd sekolah cluster pdhal die nk bersara.hidup menyusahkan org.barua.lepas bini aku sah jawatan.aku nk jd ronstone suruh lawan cikgu2 belagak otai n GPK.

tensen enviroment cikgu skrg.eh..lebih2 plak.

Farfar said...

etty:
nape ko tak setuju ty? ce cite...ce cite...

azuwan:
politik tu soul, ada kat mana2. bila dh sah jawatan, mmg aku pon sama gak la mcm apa yg ko suruh bini ko. aku berminat. hehe