Wednesday, February 16, 2011

Clumsy + unorganized + freak out + etc

Kalau tak sabar dah nak sewel rasanya. since engagement hari tu, memang busy habis. dengan engangement hari tu semua DIY. dari gubahan hantaran sampai ke deko mini pelamin. semua buat sendiri. hantaran termasuk sebelah jon sekali aku buat. memang sangat sibuk. dahla masa lagi sebulan nak majlis kena pulak pergi kursus induksi kat pangkor. syukur alhamdulillah la 1st time dalam sejarah batch kitorang kena 3 hari je. dah cut habis sepatutnya 2 minggu punya kursus. dipendekkan jadi 3 hari je. rezeku aku kot. kalau entah apa jadi pon tak tau. 
walaupun sibuk sesangat tapi aku sangat berpuas hati sebab ye la buat sendiri kan. lawa ke tak, belakang kira (dah tentula tak macam profesional langsung) yang penting, aku suka, jon pon suka. puas hati yang teramat. majlis simple je kan. jimat pon jimat kat situ. ok, bila ada gambar dari OP, bolehla cerita lebih2. belum dapat lagi sebab OP tu busy exam. hehe.

sekarang cerita nape aku hampir gila. 
sebabnya aku macam kurang boleh fokus kat keje la. haha. bukan asyik ingat nak kawen je. tak la macam tu. tapi sebab semua kita plan sendiri, buat sendiri tu yang macam busy sangat tu. malas la menyusahkan mak ayah. aku adalah pengalaman pertama dorang so aku kena bagi impression yang baik. hihi. tapi syukur rasanya dah 60% dah ready. 
disebabkan tu, keje kat sekolah aku buat mana penting dulu. malas fikir banyak la. pening kepala. haha. lantakla kalo orang kata lambat ke apa, biar pelan tapi betul. tapi ada jugakla aku terlepas pandang. ye la, asyik memandang ke hal kenduri, nak cari rumah semua, name list budak aku lupa nak print dan edarkan. haha. sampaia da yang mintak dengan nada marah. tak pe la. salah aku. masa anak dia kawen nanti mesti dia faham. mungkin dia tak faham sekarang sebab majlis dia dulu mak bapak dia kot yang fikir. haha. tu sebab dia kurang faham macam mana hati dan otak ni bekerja keras nak laksanakan majlis ni. huhu. tak pe, tak kisah pon.

lepas tu, aku terasa macam rindu sangat kat kelas lama. i mean, anak2 aku yang dulu 5B3. nakal2 diorang, tapi best. marah2 dulu pon, bukan la nak marah sangat. berbeza betul la dengan yang sekarang. dulu, wlaaupun ketua perempuan tapi sangat boleh diharap. sekarang, aku tengok sorang pon haih....terlepas cakap kang kena saman. ape pon, aku rindu yang dulu. 1st kelas aku handle sejak aku posting. apa2 pon mesti yang 1st is the sweetest kan? dan tahun ni sikit susah sebab ada beberapa yang bukan warganegara. ada banyak benda kena settle. banyak jugak maklumat kena mintak. 

PEKA jangan cakapla. ya Allah, tolongla. pening jugak ni. banyak belambak. ok, ok. ada 1 jalan iaitu buat perjanjian: lepas kawen kerja settle, dan jadi pekerja yang baik dan rajin serta cekap.
settle (menenangkan hati)....

Tuesday, February 15, 2011

Review

Dah lama sesangat tak update. bukan sahaja masa tak mengizinkan tapi kekangan kemalasan yang wujud dalam diri sendiri. mungkin perlu komunikasi yang baik dengan diri sendiri untuk mengatasi masalah ini.

baiklah, berbalik kepada review kita pada kali ini.
hari tu, pergi ke THE FACE SHOP sebab nak beli facial wash dah habis. dalam hati nak tengok mana tau ada toner best. dengan day cream. kan.
sebelum ni pakai DERMAHEAL punya toner. tapi malangnya disebabkan ada terkandungnya AHA dalam ingredients toner tersebut aku tak tahan. tak tahan bukan allergic ke apa cuma bila ada AHA bila apply terasa macam panas sikit. aku tak minat macam tu. so tak pakai. masa try dulu, dalam aircond tak la rasa macam panas. degil sangat. bila dah ada AHA tu jangan la beli, ni tak. nak jugak. haha. sama macam GARNIER pnye roll on mata tu. pon ada jugak. menjerit aku bila apply. pon ada AHA. tu susah tu. nak putih tp tak nak ada AHA. haha.
nampak yang ni:
image taken from here



image taken from here

sampai sekarang aku pakai, mmg rasa selesa dan best. bagi aku la kan. untuk combination skin dan kulit mengada yang tak boleh nak ada AHA tapi nak ada brightening. bau pun best. sangat2 best. kalau tak percaya, boleh pergi THE FACE SHOP dan try tester yang tersedia. 

lepas ni, apa lagi tak cukup? haha. buat masa ni, aku tak terfikir lagi nak tukar product. kecuali umur 30 nanti. haha. target aku nak ada satu complete set anti aging skin care. walaupun sepatutnya dah kena start pakai anti aging dari sekarang tapi nak enjoy dulu pakai THE FACE SHOP. 

kenapa memilih THE FACE SHOP? sebab aku memang suka japan and korean products. sebab pada aku, mmg suits asian skin. lagipon produst dia mild, and from natural ingredients. so, sampai sekarang kulit aku tak de sebarang perubahan negatif pon. gatal2 tak de, merah2 pon tak de. kalau hi end product memang aku galakkan beli SKII berbanding brand lain. tapi disebabkan nak pakai semua barang maksud aku, tonerla, moisturizer la. nak beli 1 set SKII and maintain mmg nangis jugak la kan. sebab moisturizer je dah RM300++. tapi boleh pakai lama. sure terasa bila gedebuk bayar rm300++. hehe. mmg terasa wok. cukupla kalau pakai essence dia. sebab tu the best product of SKII. yang lain boleh back up dengan brand lain. kulit asian tak sama dengan kulit manusia dari benua atau galaksi lain. thats why aku pilih asian product jugak. 
kalau tak nak pakai THE FACE SHOP, brand middle end macam SKIN FOOD, MISSHA, pon ada jugak. mostly, guna natural ingredients. boleh kata macam ni la ratio dia. 85% natural ingredients, lagi 15% mgkn chemical. sebab kalau nak kata 100% natural tu macam kureng pecaya pulak sebab tarikh luputnya sama macam product chemical lain kan. ye la, kalau 100% natural, nape boleh store lama, tak basi pulakkan? thats why. tapi ratio natural nye adalah lebih tinggi berbanding product lain. chemical banyak membahayakan untuk jangka masa panjang. tapi berpihak kepada kegemaran, kesesuaian dan duit masing2....kan?  haha. ok sudah.
try at your own risk ye. hehe.


Saturday, November 6, 2010

Can I Keep This One, Mummy???





Masa tengah fotoshoot, mereka ni datang nak tanye mana BUtterfly Park. at first ayah dia tengok2 aku tukar2 tudung. of course la jon yang settle semua sebab aku langsung tak tau kat mana. anak dia datang tengok2 dekat aku. tengok2. pelik kot ada banyak tudung. haha.
aku tanye nak try tak. mula2 taknak. bila aku angkat tudung pink tu, mak dia pon cakap try la sebab cantik. bila dia pakai, sila rujuk gambar di atas, comel sangat. siap tanye 'can i keep this one, mommy?' aku macam tak sempat respond mak dia kata tak boleh. haha. tak tergerak pulak hati nak bagi free. pastu bila dah jauh macam menyesal pulak tak bagi.

hmmmm....ok, next time aku janji terus jawab 'oh sure u can darling!'....

Thursday, October 7, 2010

Alhamdulillah, Syukur!

Memang sangat syukur.
  1. Za eyeliner. Cikgu sekolah 1 bagi. dia kata sebab dia suka membeli tapi kejap je suka memakai. lastnye malas. bila dah malas, bagi aku. aku menerima dengan sangat seronok hati. haha.
  2. Kasut flat LARRIE 2 pasanga. buat pergi sekolah. aku penah cerita dalam blog 1 lagi kot. entah. lupa. lama sangat tak update. huhu.
  3. Avon mascara. ni akak kaunselor kasi lak. dia beli lipstick, dapat free mascara. dia tak pakai mascara. dia tau aku suka gedik2 mekap so dia bagi aku. tak bukak plastik lagi. 
  4. CLINIQUE free treat. yang ni semua member CLINIQUE pon dapat. mascara dengan moisture surge dia. tak pe, asalkan free. hihi
  5. Revlon Photo Ready liquid foundation. ni yang latest gila from Revlon. aku teringin nak bila tengok magz. tapi aku dah ada foundation CLINIQUE dan BB Cream BIO ESSENCE. tapi, dah akak cikgu sekolah 1 (akak yang sama bagi aku za eyeliner) bagi, aku dengan excited tanpa henti, menerima dengan tangan terbuka. free beb...
  6. paling best among the best. tadi aku g low yat, pastu nak g withdraw duit. depan aku ada abang tengah withdraw kan. tiba2 dia panggil aku, mintak tolong. dia pnye had limit RM5k je. so tak boleh withdraw dah. sebab dia dah guna debit untuk beli 2 laptop. pastu dia mintak tolong aku, transfer ke akaun aku, dan aku withdraw bagi kat dia. aku pon buat je la kan. tanpa ragu2. entah, terasa macam ok. aku amek 100, selebihnya aku bagi dia. aku suruh dia kira cukup ke tak sementara tunggu receipt keluar. pastu, dia bagi kat jon rm20. sebagai tanda penghargaan. jon cakap tak payah. dia jalan terus laju. aku panggil dia, dia cakap, tak pe, duit raya. ha, best ke tak? stranger bagi duit. yela, walaupon rm20, setengah orang cakap apa la sangat kan. tapi, bagi aku, sangat berharga. dan tak sangka.




alhamdulillah. orang cakap, mana ada rezeki datang bergolek. aku experience rezeki datang bergolek maksudnya memang ada. tak kira dalam bentuk apa kan. semua dari Allah. 

Thanks very much kepada semua yang sangat generous. semoga anda dilimpahi rezeki dan dirahmati sentiasa. :)

nanti aku buat review untuk:
  • revlon photo ready tu
  • MAC (compact powder)
  • dan lain2 (sebab lupa. tu pon kalau sempat)

Sunday, August 29, 2010

Mak Andam Tak Bertauliah


Sangat lama since perkara ni berlaku.Sehari sebelum Ramadhan hari tu. 
Isnin aku tak pergi sekolah sebab ada meeting Bomba kat Rawang.
Selasa pulak, aku di invite oleh cikgu sekolah, ketua bidang yang bertanggungjawab mengelolakan AJK sambutan yang terdiri daripada pelajar2 F4 sekolah untuk majlis sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk cikgu2 yang cemerlang pastinya.
Aku ditugaskan sebagai jurusolek untuk menyolek budak2 tu sebagai AJK sambutan.
Seawal 4.45 pagi aku bangun sebab kena solek budak2 ni. majlis bermula pukul8. nak pergi ke tempat kejadian pukul7 pagi. mana tak kena bangun awal. dah la tak profesional macam MakeUp Artist kan. dua tak sempat, aku solek dalam van je. on the way ke tempat kejadian. ntahpape je.

so, inilah hasil2nya....
S

Mak andamnye tak sempat nak mekap langsung     

Sunday, August 1, 2010

Keputusan Percubaan

Entry sebelum ni ada aku mention yang aku try CLINIQUE 123 tu. 1st 3 days aku guna ok. mmg macam best. kulit pon lembut je rasanya kan. lepas 3 days tu, ada naik macam rashes sikit kat tepi hidung bawah sikit dari mata. ingatkan tak de pape, so, aku teruskan penggunaan. makin lama makin banyak pulak. so aku stopped. aku call asmida. dia cakap Etty dah bagitau dia jangan beli. dan asmid lupa nak bagitau aku. haha. pastu etty left comment dia. cakap dia pakai muka jadi teruk. ok, tak pe. boleh return balik. aku pegi return hari tu, ingat nak refund kan, boleh dapat duit beli benda lain pulak. tapi proses refund macam susah. so, the SA tu offer aku benda2 yang sama harga. dalam hati aku nak foundation sebab foundation dia best. masa aku pakai dulu yang botol dia macam segienpat tu. tapi bila kulit aku ada rashes, dia offer aku yang water base punye.

ok, tak pe. at least aku try. haha. tu la, gatal ngada nak try2 kan. cubala stick to 1 product. sekarang aku pakai dulu SKII pnye facial wash dengan toner dengan whitening sourrce brightener sebagai moisturiser nye sekali. guna balik facial wash tu sebab dulu salah cara guna tu yang menyebabkan kulit kering. kena leather kan dulu kat tangan baru cuci muka. tu yang diajar oleh SA CLINIQUE masa aku beli trial set tu. cara betul pon, tapi kalau tak sesuai dengan Asian skin tak guna jugak kan. mungkin kulit aku tak sesuai. cina ramai je beli, cantik je aku tengok dorang pakai. hehe.
SKII pnye SA pon cakap benda sama, leather kan dulu kat tangan, pastu buat circular motion kat muka 5second je, jangan lebih. kalau lebih it will dry out your skin. bahaya nanti kedut dan kuar flakes2 putih macam panau.

so, untuk asian skin, better manufacturer dia asian jugak. go for korean or japan products.
facial wash yang paling best bagi aku adalah.....bunyi drum....THE FACE SHOP! yang aku pernah buat review kat private blog aku. tu memang terbaik la.
pic taken from here

kalau nak guna THE SKIN FOOD, sila guna macam dalam gambar di atas. aloevera product range. best sebab soft dan bau pon sedap. lepas pakai, muka rasa macam bersih sangat. dan yang penting, lembut. aku try sebab dapat trial pack dia masa tengoh frust return CLINIQUE balik. haha. jalan kat skin food, tengok2, tanye2, macam tak yakin dia bagi dulu trial pack suruh try. bagus untuk combination skin. aloe vera kan bagus untuk skin healing. made in korea. made from natural ingredients. dan slowly rashes aku macam tamed down.

ape2 pon, better get to know your skin condition first before try anything u want to try. i recommend japan and Korean products sebab understand our skin better than product lain. kalau nak pakai syurah ke, safi pon boleh sebab aku tengok housemates aku pakai cantik je muka dorang, licin je, putih je.

sebenarnya tak kisah pon kan ape2 pon, asal sesuai dengan kulit, thats it. yang susah tu kalau asal try je tak sesuai. dah sesuai gatal nak tukar. haha. bila dah dapat yang sesuai, stick to it.

bila SKII tu dah habis, nak pilih mana eh, SKIN FOOD ke THE FACE SHOP? nak teruskan SKII, macam high maintenance sesangat nak pakai 1 set kan. essence je cukuple kot. tu fikir balik nanti. habiskan dulu, jangan membazir. haha.

chup!!!: credits to Etty and Asmida.

Friday, July 23, 2010

Try

Minggu lepas pergi Midvalley, dengan harapan nak mencari kasut. tapi tak ada yang berkenan. kalau kasut nak jalan saje2 memangla banyak yang memanggil2 dan memecahbelahkan otak aku untuk buat keputusan. tapi kasut untuk tujuan yang satu ini macam susah sangatla pulak.

oh, lupakan pasal itu. 

1)

dah tak dapat kasut, perasaan ingin membeli barangan tetap membuak2. facial wash dah habis. jadi, nak beli la dekat THE FACE SHOP (TFS). tapi gatal singgah parkson dulu kan. lalu dekat CLINIQUE. pastu gedik nak try jugak...perangai. sedangkan TFS tu dah best sangat dah. CLINIQUE kenala beli 1 set kan. kalo tak, macam tak best pulak. aku just try yang trial set ke starter pack aku pon tak ingat ni dulu. 

RM105

so, apa perasaan? best. for the first time aku guna rasa rindu kat TFS pnye facial wash sebab facial wash CLINIQUE ni sanngatlah tak berbau. erm, honestly, bau tak best sangat tak dapat nak gambarkan. tapi bila apply kat muka ada rasa nyaman sebab ada mint sket dalam ingredients. rasa kalau pagi2 tu mmg untuk wake the skin up (dan sekali gus aku). beberapa kali pakai dah tak rindu dah kat TFS sebab dah biasa dengan baunya. toner? disebabkan aku choose set for combination skin which is number 3, so toner dia yang kaler pink tu yang alcohol pnye. kalau number 2, kata promoter tu tak de alcohol. tapi overall best la. skin feels so soft. betul. tak tipu dan senang sungguh nak apply mekap. menyesal tak pakai dari dulu macam orang lain.

2)

tadi, jalan2 lagi melepaskan stress. motif utama: membeli barang2 adik untuk dinner dia yang berkonsepkan fantasy. tujuan ke 2: cari kasut lah, apa lagi. tapi, tetap jugak nak singgah parkson saje gatal gelenyar. jalan kat kaunter biotherm, nak lengkapkan set yang tak lengkap. moisturizer dengan toner tak de lagi. so, amek je la kan. siap promoter tu bagi lagi sample toner dengan serum. for men ye. tengs2...
aku dah lama mencari eye cream yang best. aku search kat google, mana best. kebanyakannya akan keluar ROC. aku dah tengok ROC kat watsons tapi 1 pun macam tak suit my needs. CLINIQUE kebanyakan review cakap eye cream dia tak work. aku bercadang lama dah nak beli BIOXIL. tapi entah kenapa setiap kali melintas booth dia kat OU tu aku macam malas nak stop. KEIHL, lagi la aku rasa macam ragu2 nak try. entah tak tau apehal. 

aku stop kat kaunter CLARINS. tanye tentang eye cream dia, promoter explained semua aku macam attracted. terus beli tak banyak soal. CLARINS was 3rd in my list sebenarnya. 

RM149

belum pon pakai. nanti aku buat review. sebenarnya tidur yang cukup merupakan rawatan terbaik untuk mata. aku beli sekadar nak membantu mata ku sayang. haha. membantu ke? tak tau lagi. 
bulan depan buat review untuk eye cream ni.

ok, bye.




Friday, July 16, 2010

Review lagi

Dah lama nak buat. asyik lupa je.
1stly, STAGE wondergloss lipgloss.

RM56 ke RM58 (tak ingat tapi around tu la)

rasanya macam biasa je. cuma aku boleh pakai lipgloss ni sebab bila apply dia tak panas. tak semua lipgloss aku boleh pakai sebab bila apply akan rasa panas kat bibir. sama macam lipgloss lain, kena apply lagi dan lagi bila dah hilang. cuma colour dia cantik bila kat bibir. berbaloila dengan harganya kan...

2nd, PIXY two way cake.
kalau korang pernah tengok sinetron indonesia, masa dah habis cerita ada banyak2 tulisan naik turun tu, kalau perasan ada logo PIXY ni yang menaja kosmetik mereka. aku kenal dengan benda ni masa nak buat fashion show masa hari guru hari tu. aku punya bedak dah habis, ada clinique yang sample tu je. haha. aku tanye ain, ada bedak tak? dia keluarkan bedak ni. mula2 aku pelik bedak apa ni kan. pastu aku pakai, best gila sebab memang melekat dan macam licin muka. haha. tu yang penting. texture dia memang halus. best.
aku tanye la ain, mana dia dapat bedak ni. dia cakap banyak kat kedai macam jual jamu tu. erm, macam takut. tapi rasa sangat nak try.
 pic taken from here

Orang cakap, sememangnya sama sebijik sejibun dengan bedak COSWAY. tengok balik pon memang sama. mekap artis memang ramai guna. bedak PIXY ni pon, kalau guna span yang basah, memang kulit nampak licin habis macam artis. hehe.

harga murah gila. lebih murah berbanding COSWAY. RM10 je refill nye. kalau dengan bekas dia RM15 kot masa kat Mydin USJ tu. aku beli 3 time tu. dengan bekas sekali aku bagi mak. 1 aku tersalah beli kaler dia macam gelap sangat. aku beli yang cerah sket. tu dah nak tinggal sket dah tu. haha. ada SPF15 lagi.
masa jalan2 kat watson OU hari tu aku ada terperasan bedak ni. 1 compact powder rm12.90 je rasanya siap dapat refill free. jadi, aku lega betullah kan. bila masuk kat watson, means that ingredients dia selamat lah kan.
lepas ni dah beli lagi. (saje tak nak beli kat watson tu sebab nanti nak ajak Jon pegi kat Mydin USJ yang best tu) haha.

ok, itu saja.

Wednesday, May 19, 2010

Compact Powder and BB Cream

Atas permintaan Etty, benda2 umum harus dikongsi dengan umum. hehe.
Dari hari tu aku tak habis2 cari bedak. mesti ada je aku tak berkenan. dulu Ellizabeth Arden tu aku suka tapi sama tindakan dengan losse powder kan walaupon two way cake tapi tetap jugak aku tak puas hati. hanya kawan2 je tau aku mekap camne kan. haha.
last2 aku jual kat adik aku.
dapat sample Beauty de Kose. ok jugak tapi shade tak sesuai. mgkn next time boleh beli.

pastu aku jalan2 singgah SaSa, beli bedak baru. i read about it in magazine. recommended jugak la kan. so, aku rasa macam nak try.
ini dia dodo, product of Japan, made in Korea
ni compact powder, bukan 2 way cake

muka depan. haha

comel sponge dia. 
bukan full sponge, kat word dodo tu macam leather like lining.
bawah baru sponge.

layer bawah baru powder. ini shade aku. 02.

overall, ok la. best untuk touch up masa gedik2 keluar jalan2. tapi sebagai primer step rasanya better pakai two way cake. aku saje beli sebab konon nak touch up2 kan sedangkan bukan sempat pon. so pakai g sekolah. tapi kalau pakai sebagai primary step powder ni just give me medium coverage. masih nampak lagi pimple scars or even pimple tu sendiri. hehe.
murah je. sama ada two way cake atau compact powder sama je RM55.

BB Cream pulak

Apa tu BB cream? BB cream adalah satu cream yang banyak function walaupon hanya dalam 1 botol. yang ni BB cream yang aku guna. from THE SKIN SHOP. aku beli kat bbcmi.com RM78.

pic taken from here


mmg bagus untuk si pemalas sebab aku skip banyak step harian dengan menggunakan BB cream ni. tak payah pakai moisturiser, tak payah apply foundation, tak payah pakai sun block bagai. semua dah  formulated in 1 bottle.
antara benefit BB cream ialah (depend on BB cream tersebut, ni yang aku pakai seperti di atas):

MULTI ONE STOP BB cream has addition main functions of cosmetic base and liquid foundation, skin healing and moisturising also has brightening, anti wrinkle and UV protecting functions. 
- acts as cosmetic base and liquid foundation
- perfect camouflage for under eye circles, acne scars and dark marks
- gives natural makeup look
- moisturizes and softens skin
- controls oil balance of skin
- brightens skin
- improves wrinkles
- protects from damage of UV rays (SPF 37 PA++)
- encourages regeneration of skin to create and maintain youthful skin

ha, banyak tak? boleh jimat ye di situ. kalau beli asing2 dah berapa?
contoh aku amek yang murah2 pnye price:
foundation RM35
concealer RM28
moisturiser RM18
sun block RM35

kira sendiri. belom lagi essence2 untuk wrinkle dengan brightening effect. kan? kan? 
ok, berbalik pada BB cream. BB cream ada 1 shade sahaja. tapi it will magically blend ikut your skin colour. kena tunggu dalam kiraan 5 slow2 kira. jangan laju2 nanti kata aku tipu. pastu baru apply two way cake powder untuk full coverage untuk nampak macam artis atau loose powder/compact powder untuk medium coverage, nampak natural. natural look kan trend untuk spring and summer. hehe.
kalau tak nak nampak putih sangat, pakai cukup2 makan je. jangan over picit sampai boleh ganti water colour pulak. tak perlu. nak baca lebih lanjut, kat SINI.
ETTY, KO SESUAI PAKAI YANG AKU PAKAI NI.

ni pulak BB cream dari BIO ESSENCE. aku dapat sample beli female. dan aku dah pon try.
shade dia a bit darker than yang aku beli. texture dia lebih cair sket. tapi best jugak. kalau kulit macam gelap sket sesuai guna BB cream ni. sama jugak kene tunggu dalam kiraan 5 slow nanti dia akan magically blend dan match dengan skintone kita. best.
benefit:
Bio-essence Bio Multi-Effect BB Cream SPF25/PA++
• Smooth velvety texture to provide a natural & flawless finishing
• Refines pores & whitens skin
• Provides long lasting hydration to prevent skin dryness & regulates oil secretion
• Nourishes skin with essential nutrients & mineral elements to revitalize skin
• Improves skin texture for smoother, softer, refined & fairer skin
• Protects skin from harmful UV rays
(lebih kurang macam aku pnye tapi ni SPF25 aku pnnye SPF37)

aku recommend dua2. hehe. pilihla mana satu ikut skin tone masing.

Sunday, March 21, 2010

SMS ON CINTA

An awesome performance but the luck wasnt on their side.

so, this is the video...



to read more about this story and gossips click here (yang ada access sahaja)

dan juga encik Jon